PENUTUPAN CAWANGAN PETALING JAYA
Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Pusat Operasi Zon Tengah bahawa Cawangan Petaling Jaya akan mengakhirkan operasi jualan pada 27 Jun 2011. Sehubungan dengan penutupan cawangan tersebut, masih ada alternatif cawangan lain yang berdekatan seperti HHM Masjid Sunway & cawangan Utama Ampang bagi Agen Stok dan PB untuk memperolehi produk HPA seperti biasa.
Dalam keadaan yang sama Pusat Stokis Daerah Kerinchi Kuala Lumpur dimana lokasinya sangat berhampiran dengan Petaling Jaya, sentiasa bersedia untuk menampung keperluan PB bagi meneruskan perjuangan “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” lebih efektif lagi.
Walau apa sekalipun perubahan, perjalanan kita untuk memperjuangkan produk Halal tetap berterusan seperti sediakala. Wallahu ‘alam!