15 July, 2009

14 Jul 2009 - Kelas Mingguan

MENGENAL PUNCA PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN

Salam Kepada Ikhwan Seperjuangan,

Alhamdullillah, dengan izin Allah pada malam ini seramai 6 orang peserta tajaan
Stokis Rusli Husaini 346936.MY01 dan Stokis Zumara Zakaria
337935.MY01 daripada Pantai Dalam hadir pada Kelas tersebut atas
bimbingan PJ MOHAMAD ISMAIL, PSD HPA Kg. Kerinchi KL.

Semasa ketiadaan PJS ABDULLAH RAHIM (di Terenggnu)
dan PJS AHMAD AZAM (bertugas) PJ MOHAMAD ISMAIL Al Hj
mengambil peluang dan kesempatan untuk menyampaikan Slot Mengenal
Punca Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan dan Mata
mengikut susuncara.

Mereka yang hadir diberi penerangan cara yang amat mudah difahami dan setiap penyakit yang dikenal pasti dinyatakan sekali preskripsi herba yang perlu diamalkan oleh pesakit mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Perubatan JAWI HPA yang seragam.

Mereka turut menyatakan keinginan untuk menghadiri kelas-kelas mingguan akan datang dengan membawa Ikhwan yang dahagakan Ilmu Herba dalam usahasama membangunkan produk Halal lagi Toyyiban atas prinsip "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Insha Allah pada kelas akan datang
PJS dan HERBALIS berikut akan turut serta :

21 Jul 09 / 28 Rejab 1430
PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM

28 Jul 09 / 6 Syaaban 1430
PJS AHMAD AZAM JAAPAR
HERBALIS PJ RAHMAT MOHD JUNID


No comments: