![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjLpG_xOa1cGYZCHjt3ljRscJjq6FHwyjc-jYf-vStVI6Oui9YgvqWn0N9fN4lUTGNXdX-tQWhbmT4ei_0R-SPDTMeGVSGcadPgbhD-V6_1Bm4V44QzCxtUs8mpd_8G9fj2xrrplFR6-PH/s200/Basmala.png)
PERKHEMAHAN TAQWIYYATUL HIFZI III
DI NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, APARCHE CAMP,
SG.TUA, BATU CAVES, SELANGOR
31 DISEMBER 2009 - 1 JANUARI 2010
Seramai 40 peserta dewasa dan remaja muslimin dan muslimat mengikuti program ini anjuran Qurra' Training Centre diKetuai oleh Ust.Mohd Mukhlis bin Hj. Hamzah Al Hafidz, 131275.MY01, Pensyarah Kanan QTC (Guru Al-Quran saya) dengan niat untuk menyemarakkan semangat tahun baru Hijrah 1431 dan tahun baru Masehi 2010 dengan bermunajat kehadrat Allah SWT dalam keadaan Musafir Berjamaah.
Nur Laman Bestari Eco Resort ini merupakan sebuah Resort yang lengkap dengan kemudahan dan peralatan latihan lasak mempunyai saluran letrik GenSet berkuasa tinggi 24 jam. Kedudukan Resort amat endah berkeluasan 15 ekar dikelilingi bukit bukau disamping sebuah sungai selebar lebih kurang 15m mengalirkan air yang amat jernih diusahakan oleh Tuan Mohamad Hassan Mukhtar Mohd Ali selaku Pengerusi Eksikutif, Kumpulan Era Mewah berada dalam keadaan pesat membangun. Sebuah 'SURAU DEMAK' berkarpet berkeluasan boleh menampung tidak kurang 300 jamaah tersergam endah baru sahaja siap dibena dan kumpulan kami merupakan julungkali dibuka dan diberi kesempatan berdiskusi sepenuhnya dalam Surau Demak bagi memenuhi program yang diatur sebegitu padat dan rapi oleh Ust Mohd Mukhlis seperti berikut :

- Bermula dengan Solat Asar 31 Disember 2009 diikuti dengan Klinik Hafazan, Usrah dan Ta'arruf.
- Solat Magrib. Setiap peserta perlu membaca Al-Quran mengikut Juzu' yang di peruntukkan diikuti dengan KHATAM PERDANA.
- Solat Isyak diikuti dengan diskusi, Cambah Minda, Taklimat Solat Sunat Gerhana Bulan dan Qiamullail (Solat Sunat Hifzi).
- Bermula jam 3:00 pagi 1 Januari 2010 peserta mengerjakan Solat Sunat Tahajjud dan Sunat Hajat bersendirian.
- Solat Sunat Gerhana Bulan di Imamkan oleh Ust Mohd Mukhlis bin Hj. Hamzah.
- Solat Sunat Qiamullail (Sunat Hifzi) 4 rakaat 2 salam di Imamkan oleh Al Hafidz Muda jemputan dengan bacaan surah-surah: Yasiin, Ad-Dukhan, As-Sajadah dan Al-Mulk.
- Solat Subuh (Sujud Tilawah) di Imamkan oleh Al Hafidz Muda jemputan Ust. Khalilullah Amin bin Ahmad diikuti dengan Mau'izatul Hasanah.
- Ujian Hafazan ayat-ayat dari surah-surah yang telah ditetapkan keatas setiap peserta dengan dihakimi oleh Ust Mohd Mukhlis.
- Riadhah : Telematch dan Explorace berkayak.
- Resolusi.
- Hemat Diri.
- Solat Jumaat di Masjid Sg. Tua.
- Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup dalam Surau Demak.
Semasa Majlis Penutup saya diberi peluang oleh pihak Penganjur untuk menyampaikan ucapan kesyukuran dan pandangan bagi pihak peserta. Alhamdullillah semua program seperti yang tersusun diatas berjalan lancar dan sempurna sangat memberi manfaat bagi meneguhkan lagi Iman peserta dalam keadaan suasana silatulrahim yang tidak dapat dinilai dengan harta dunia. Ianya merupakan suatu peluang yang dinikmati bagi mengakhiri tahun 2009 dan menyambut kedatangan tahun 2010 dalam keadaan Musafir Berjamaah bersama Gerhana Bulan bertepatan dengan hari Jumaat yang mulia. Saya sempat menyelitkan pesanan berupa jihad berterusan "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" sebagai ucapan sayonara di Majlis yang BARAKAH ini dan alhamdullillah secara kebetulan tiga orang peserta ahli keluarga HPA turut melibatkan diri dari mula hingga akhir... InsyaAllah semoga bertemu lagi.
Jika tidak keberatan saya ingin syorkan pada sekelian pemimpin besar HPA supaya dapat merancang program kecil seumpama ini sebagai hadiah kepada downline untuk menguatkan lagi jihad GEMPUR ... RADIX !!! yang tidak ada penghujungnya dalam keadaan Musafir Berjamaah.

Artikel ini disediakan oleh : PJ Mohamad b Ismail AlHaji 260259.MY01
No comments:
Post a Comment