09 March, 2010

PBC SULONG KUMUNITI WANGSA MAJU

PBC SULONG KOMUNITI HPA WANGSA MAJU
27 - 28 FEB 2010 -
BERJAYA & HEBAT


Seramai 39 orang peserta PBC sulong Komuniti HPA Wangsa Maju berlansung pada 27 dan 28 Februari 2010 di Anjung Rahmat, Gombak, Selangor mengambil bahagian dalam program ini berakhir dengan kejayaan atas komitmen bersepadu oleh mereka yang dipertanggung jawab bagi menyampaikan slot masing-masing :

PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM selaku Pengarah Projek menyampaikan ucapan perasmian disamping mengendalikan slot-slot berikut dengan membakar semangat peserta :
  • Profile Syarikat.
  • Diagnosis saraf tapak tangan.
  • Qiamullail : Solat Sunat Hajat, Solat Witir, Solat Subuh, Kuliah Subuh dan Senaman Pernafasan.
  • Produk Nolej : Kopi Radix, Malac, Paramaria Plus dan Herba Tuju Angin.
PJS AHMAD AZAM BIN JAAPAR selaku Penceramah Undangan menyampaikan slot-slot yang diperuntukan :
  • Pelan Pemasaran.
  • Gerak Kerja 6M.
  • Latihan Dalam Kumpulan.
PJS Ust. AHMAD KAMAL BIN ALI Penceramah Undangan khusus didatangkan daripada Terengganu menyampaikan slot 'HALAL HARAM', penyampaian yangmana memberi kesan yang amat positif lagi mendalam kepada peserta-peserta PBC dan sekelian yang hadir pada sessi tersebut.

PJ MOHAMAD BIN ISMAIL, diberi kesempatan dalam slot 'MALAM BINTANG-BINTANG' untuk berkongsi pengalaman liku-liku hidup sebelum bertemu dengan HPA yang sinonim dengan lirik nasyid 'Teman Sejati' sehingga diberi peluang mengendalikan Agen Stok berstatus PSD Kerinchi KL. Usia bukannya menjadi penghalang bagi kejayaan seseorang semuanya dengan izin Allah SWT.

Ust. HAJI MUHTARUDDIN mengnendalikan slot :
  • Tayangan Video Kelahiran Insan, Taklimat Qiamullail dan Bacaan Surah Al-Mulk.
  • Bacaan Al-Ma'thurat.
Peserta menghayati kedua-dua slot ini.

PJ MOHD REZDUAN beserta dengan rakan rakan Kumpulan Kiropraktik (pembetulan tulang belakang) mengadakan demonstrasi asas cara-cara merawat dan memperbetul kedudukan tulang belakang mengikut peraturan yang betul.

PJ HJ TAUFIX BIN ABU HASSAN selaku Pengerusi Komuniti menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dalam slot LDK diikuti dengan menyampaikan amanat sambil menyeru sekelian yang terlibat dalam program PBC ini supaya sentiasa membantu HPA Cawangan Wangsa Maju menuju kejayaan dengan cara menyokong semua program yang dianjurkan.

Keseluruhan program PBC ini terusmenerus dihidupkan oleh DJ berkarisma Mohd Izraq Mohd Rathi (Along) dari Taiping dibantu oleh DJ comel Siti Syarah Abdullah. Nazrin merupakan pemacu media letronik sepenuhmasa. Mereka merupakan aset HPA masa depan, insyaAllah.

PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM dalam ucapan penutupnya menghargai setiap sokongan dan kerjasama yang dihulurkan oleh keseluruhan Pemimpin, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa tanpa memikirkan penat lelah. Kepada sekelian peserta ditanamkan dengan semangat jitu, mengamalkan apajua ilmu yang telah dikongsikan bersama menuju kearah jihad yang satu "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"... Amin!!!

PBC Ke2 PADA 27 - 28 MAC 2010
sila hubungi

PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM (PJS PAKLAH)

012 684 9263


disedia dan diedit oleh PJ Mohamad b Ismail

No comments: