11 July, 2010

ISRA' DAN MEKRAJ DI SURAU ALIYAH

Salam Isra' dan Mekraj kepada Muslimin dan Muslimat khususnya kepada sekelian penghuni Pangsapuri PKNS(17T) Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Sebagai memperingati ulang tahun Isra' dan Mekraj 27 Rejab 1431 Hijrah; Jawatankuasa Surau Aliyah di Pengerusikan oleh Hj Zambri bin Mohamad Tenang (Tim. Pengerusi Surau) mengambil peluang keemasan menganjurkan kuliah Isra' dan Mekraj selepas Magrib 9 Julai 2010.

Penceramah undangan Ust. Zamri bin Safre, Imam Masjid Al Rahman, Universiti Malaya dalam amanatnya menyatakan Maha Suci Allah atas kebesaran dan kekuasaanNya. Ust. Zamri memperingati peristiwa peristiwa penting dalam sejarah Umat Islam dan kesan besar yang boleh diambil sebagai bekalan dalam kehidupan seharian.

Walaupun kuliah tersebut rengkas namun membawa maksud yang padat dan mudah-mudahan dengan menghadirkan diri pada malam Isra' dan Mekraj itu memperolehi ganjaran Allah Subhanahu Wataala kearah meningkatkan lagi keinsafan dalam diri dan semoga amalan baik kita diterima, insyaAllah dengan izin Allah ... Amin!!!

No comments: