Pada suatu ketika ramai yang gelisah kerana stok ayam tidak pernah mencukupi dan hampir beberapa bulan tidak mendapat bekalan lansung oleh sebab permintaan meningkat begitu mendadak berbanding dengan hasil pengeluaran yang hanya boleh menampung RFC.
Jeritan keluarga HPA atas kekurangan tersebut mendapat perhatian serius pihak pengurusan, nah sekarang ini ayam radix sudah mula membanjiri pasaran sempena menjelang Aidil Fitri sehinggakan GM HPA meluahkan perasaannya dalam Blog beliau seperti berikut yang membawa maksud dengan tersendirinya :
"Kita semua sedar bahawa perjuangan kita masih jauh. Sedar atau tidak kemungkinan ibu, ayah, kakak, abang, jiran, sahabat baik, teman sekelian masih lagi berbuka puasa dengan ayam yang tidak tahu asal usul siapa yang menyembelihnya.
Kini HQ sudah menunaikan tanggungjawab menyediakan stok seperti yang di JERIT oleh para pimpinan yang cintakan produk Halal wal Toyibban. Apakah kita sudah merasakan kepuasan dengan hanya Ayam Radix memenuhi freezer HPA?
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
Posted by GM at Tuesday, August 24, 2010"
Dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, saya menyeru dan merayu kepada sekelian penyedia makanan bermasak untuk Masjid dan Surau yang menghidangkan masakan ayam diantara menunya; inilah masanya untuk membuktikan perjuangan kalian menjurus kearah "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA" yang dipelopori oleh HPA dengan mengharapkan KEBERKATAN Allah... InsyaAllah ... Aminnn!
No comments:
Post a Comment