01 March, 2011

SLOT WANITA DI HPAic SHAH ALAM

SLOT WANITA BERSAMA PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM
DI HPAic SHAH ALAM - 28 FEBRUARI 2011

Suasana Halal Mall dan Dewan HPAic Tingkat 1 diwaktu malam
selepas kuliah jam 11:30 mlm 28 Feb 2011

PJS Abdullah Abdul Rahim memberi penjelasan segala pertanyaan
yang dikemukakan oleh peserta selepas sesi kuliah selesai

Sebahagian daripada suami menemani isteri yang hadir kuliah

Hampir 100 orang peserta menghadiri kuliah perubatan JAWI yang disampaikan oleh PJS Abdullah bin Abdul Rahim (Pak Lah). Program bermula jam 9:00 malam khusus bagi peserta wanita berhubung dengan penerangan pelbagai jenis penyakit wanita dan cara-cara untuk menghindar serta kaedah merawatnya.

Penerangan yang diberikan begitu menyeluruh sambil memberi penekanan betapa pentingnya makanan halal bagi kehidupan seharian Muslim sejati dan betapa perlunya menjaga diri sebelum terjadi permasaalahan lebih keritikal.

Setiap penyakit yang huraikan disertai herba yang perlu diambil dengan cadangan sinergi mengikut keperluan bagi sesuatu penyakit. Oleh kerana sebab penyampaian begitu berkesan membuatkan peserta seolah-olah tidak membenarkan program tersebut ditangguhkan mengikut jadual.

Alhamddulillah kuliah tersebut kelihatan memberi keberkesanan kepada setiap peserta yang mengikuti kelas, mudah-mudahan ianya memberi manfaat dan membantu mereka meningkatkan ilmu perawatan dan pemasaran keatas produk-produk yang sarankan, dengan izin Allah, insya Allah!!!

No comments: