MOHON DO'A RAKAN SEPERJUANGAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6x7jsw3fbx4c1tiUBQRrSHAPeMRUZ_1ap6hbOyi9ZMY9RMgC8370R65J-OdWvdpQ4ygoqNIk0-w5rv5DwU3ZgobDc8cXe2TE419_ERqwy_ta1kJ8hfdlOlX1zZuwL3isZSuCOTuA4XHhC/s320/20110422+500x370.jpg)
Gambarfoto Kaki Kiri dan Kaki Kanan dirakam pada Jumaat 22/4/2011 jam 4:30 petang
Jika dilehat dari segi fisikal tiada siapa pun yang berani memperkatakan keupayaan perjalanan yang empanya anggota badan boleh bergerak melebihi daripada katilnya. Namun Allah memberikan kekuatan kepada hamba Allah ini untuk meneruskan perjuangan jihadnya bersama HPA kearah “PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” tanpa mengira masa mengikut keperluan dengan memandu kenderaan sendiri.
Sebagai seorang PJ(Herbalis) bukan sahaja tidak berhenti meneruskan ikhtiar bagi merawat penyakitnya sendirian dengan bantuan isteri tersayang juga seorang PJ(Herbalis) malahan rakan-rakan Herbalis lain juga turut bersimpati serta menghulurkan apa sahaja rawatan sesuai yang diperlukan oleh Hamba Allah ini.
Selain daripada mengamalkan produk-produk herba bersesuaian yang diolah untuknya, rawatan Bekam, Akupuntur, Terapi Lebah dan Terapi Lintah juga telah dipraktikkan keatas Hamba Allah ini. Sebagai seorang yang sentiasa mengingati Allah, kekuatan mental mengatasi segala kesengsaraan yang ditanggung olehnya dalam keadaan sabar dan sentiasa senyum apakala berbicara. Berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Simpati jenis apakah yang perlu dihulurkan kepada Hamba Allah ini pada ketika ini sudah tentu tidak lain dan tidak bukan Do’a Kesembulan yang ajaib dari Allah SWT oleh setiap pembaca Blog ini. Lintah paling akhir yang diamanahkan kepada saya untuk dihantar kepadanya ialah selepas Jumaat 22 April 2011 baru lalu.
Oleh yang demikian, saya bermohon semoga kalian turut bersimpati dengan memohon do’a kesembuhan penyakit kencing manis tahap 2 yang ditanggung olehnya. Marilah kita sama-sama memohon kehadrat Allah SWT dengan mengucapkan do’a dari jauh mahupun dialamaya;
“Ya Allah, wahai Tuhan Maanusia, Tuhan yang menghilangkan penyakit. Engkaulah Tuhan yang maha penyembuh, tiada penyembuh melainkan Engkau sahaja, penyembuhan yang tiada lagi meninggalkan penyakit” (Soheh al-Bukhari);
ditujukan khusus buat Hamba Allah ini. Jika ada diantara kalian yang ingin mengetahui nama Hamba Allah ini sila teks mesej ke 016 213 9057.
Terima kasih saya ucapkan kepada kalian yang turut bersimpati, semoga Allah dengan izinNya memberi kesembuhan kepada Hamba Allah ini disamping memberi ganjaran yang setimpal atas usaha yang kalian lakukan … Ameenn!
Diedit dan disiar oleh : PPJS(PJE) Hj. Mohamad bin Ismail, PSD Kerinchi KL
No comments:
Post a Comment