![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuUxcvjlITJgWx-5Gmt4QN_k1r0zsyfRdAVFX1DtE3TN0dr8PqsSqktTDhGADKrEP76UmmoMeE265jOsNz3pCcFPan6r8CFMX7biuueACqEEBjM1hGi6QBuSBXOG8nO43vsts0-dWKfiwP/s320/20110504+360X99.jpg)
Glaukoma boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan atau kebutaan kekal mungkin dapat dielakkan. Ianya boleh berlaku pada sebelah atau pada kedua-dua belah mata.
Glaukoma Sudut Terbuka biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit. Tterjadi dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'. Sistem pengaliran tersebut tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan kebahagian depan mata menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.
Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah kawasan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga mata berkenaan menjadi buta.
Glaukoma berlaku kepada:
- Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
- Pengambilan ubat kimia mengandungi steroid berlebihan.
- Penghidap Kencing Manis dan Darah Tinggi.
- Umor 40 tahun ke atas.
Glaukoma Kronik akan memberi tanda-tanda:
- Buta tanpa petanda awal.
- Kepala menjadi sakit atau rasa tidak keselesaan pada mata.
- Ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan.
Apabila Glaukoma menjadi parah gejala berikut akan timbul:
- Kabur penglihatan.
- Loya dan muntah-muntah.
- Mata merah.
- Sakit kepala.
- Sakit mata secara tiba-tiba.
Pakar Mata berpendapat rawatan keatas pesakit Glaukoma diperlukan selagi hayat dikandung badan dengan menggunakan:
- Pancaran laser.
- Pembedahan.
- Ubat titis mata berterusan.
Pakar Herbalis HPA dan Para-para Herbalis HPA berpengalaman yang ditemui mencadangkan kegunaan penawar Thib Nabawi dan beberapa kaedah terapi lain dipraktikkan dengan yakin, sabar dan beristiqomah, seumpama :
- Ubat Titis HPA (adunan PU HPA).
- Akupuntur.
- Bekam.
- Terapi Lebah.
- Terapi Lintah.
Hanya Allah maha penyembuh segala penyakit, tiada penyembuh melainkan Allah. Mudah-mudahan dengan berkat do’a dan usaha HPA penawar penyakit Glaukoma ini berjaya ditemui, dengan izin-Nya... insya Allah.
Diedit oleh : PPJS(PJE) Mohamad Ismail, PSD Kerinchi KL
No comments:
Post a Comment