24 May, 2011

STROK DATANG BERULANG

STROK MENJELMA SEPANTAS KILAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lazimnya apakala seseorang itu diserang strok atau lumpuh pastinya tidak berdaya mengucapkan perkataan dengan jelas dan keseluruhan atapun sebahagian anggotanya akan menjadi lumpuh dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Jarang berlaku apakala seseorang itu diserang strok pulih dalamasa terdekat dan selepas itu berlaku strok buat kali kedua dan pulih lagi selepas dua jam berikutnya. Ianya berlaku keatas seorang pesakit berkeadaan sehat berusia 73 tahun sentiasa berada didalam kedudukan tekanan darah disekitar 140/80. Kronologi peristiwa benar berlakunya strok dan proses perawatannya adalah seperti berikut untuk dikongsi bersama dan dijadikan panduan:

  • Pesakit masuk kamar tidur jam 11:45 mlm 11 Mei 2011. Jam 00:10 pg 12 Mei 2011 masih belum tidur suatu kejadian anih berlaku dalam keadaan sedar dan serangan strok terjadi dalamasa lima minit melibatkan lidah menjadi kelu tidak boleh menyebut satu perkataan pun kecuali ‘Allah dan Subhanallah’ dengan jelas dan tangan kanan sertamerta menjadi lumpuh.
  • Dalam keadaan pantas pesakit memilih Hospital Tuanku Mizan (Hospital Angkatan Tentera) Wangsa Maju dan tiba untuk rawatan kecemasan disekitar jam 01:00 pg. Doktor Tentera Wanita yang sedang sarat mengandung dan Para jururawat bertugas segera mengambil ECG dan Tekanan Darah (BP). Anihnya keadaan pesakit beransur pulih dengan sendirinya. Boleh bertutur dengan baik dan keadaan tangan kanan kembali bertenaga seperti biasa. Kekuatan pesakit senentiasa bersandarkan dengan Ayat-ayat Suci al Quran dan semangat perjuangan keluarga HPA yang jitu dijadikan kekuatan semangat pemulihan.
  • Pihak hospital memberi sebiji ubat pil bagi menurunkan kadar tekanan darah (BP) serta mencadangkan pesakit berpindah ke IJN ataupun dimana-mana hospital pilihan untuk rawatan kecemasan lanjutan. Pesakit berada dibilik rawatan kecemasan Hospital Tuanku Mizan HAT lebih kurang 45 minit.
  • Pesakit memilih Hospital Universiti kerana hampir dengan rumah kediaman.
  • Dalam perjalanan ke Hospital Universiti, pesakit singgah dirumahnya untk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan perjalanan ke Hospital Universiti atau pun engkar janji kerana kononnya sudah pulih.
  • Strok buat kali kedua menyerang secara mengejut seperti keadaan kali pertama. Pesakit kuatkan hati membuat pemeriksaan Tekanan Darah (BP) dan ianya menunjukkan pada kadar 208/91.
  • Pesakit dikejarkan ke Hospital Universiti oleh isteri dan anaknya dan terus ke bilik rawatan kecemasan disekitar jam 03:00 pg. Para jururawat bertugas mengambil Tekanan Darah (BP) menunjukan 176/80 dan ECG. Doktor bertugas mengarahkan pesakit di Scan bahagian kepala dan Xray.
  • Selesai Scan dibahagian kepala pesakit seterusnya di Xray dan selepas itu dihantar semula kebilik kecemasan kerana ketiadaan bilik pesakit yang kosong.
  • Semasa dibilik kecemasan, Alhamdulillah, pesakit beransur pulih seperti sediakala. Boleh bercakap dengan lancar dan kekuatan tangan kembali pulih seperti sediakala.
  • Semalaman pesakit tidak tidur dengan ditemani isteri turut sama tidak tidur.
  • Jam 08:30 pg 12 Mei 2011 pesakit membuat kejutan memohon diri dengan Doktor bertugas untuk keluar hospital kerana keadaan sudah sehat dan kesihatan sudah pulih seperti sediakala. Dengan berat hati Doktor yang baik hati melepaskan pesakit keluar hospital pada jam 10:00pg.

Pesakit mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Doktor dan Para Jururawat Hospital Tuanku Mizan HAT dan Hospital Universiti yang terlibat atas kecekapan mereka dalam menjalankan tugas kecemasan seumpama ini.

Pesakit tidak ketinggalan mengambil nasihat Para Herbalis HPA untuk membuat ratawan strok pada titik-titik Akupuntur diikuti dengan rawatan Thibbun Nabawi iaitu Bekam Sunnah dan Bekam pada titik-titik strok mengikut kaedah ilmu-ilmu perawatan yang diajar kepada semua Herbalis HPA oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan, HPA Group of Companies selaku Pakar Perubatan Jawi.

Mereka yang terlibat membuat rawatan susulan keatas pesakit ini adalah Herbalis-Herbalis terlatih dan Pakar Akupuntur. Pesakit juga tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

  • PJ (Herbalis) Rahmat bin Mohd Junid (0133564353) - Bekam dan Akupuntur.
  • Dr. Hj Abd Halim Basri B.Rc(UKM), MS iT(UKM), MD(MA)OIC, CM (013 344 0372) – Pakar Akupuntur.
  • PJ (Herbalis) Hjh Che Wan Jamilah (019 396 6486) – Bekam dan Akupuntur.

Kesimpulannya Penulis dan Pesakit mengharapkan semoga sedikit sebanyak peristiwa benar yang dipaparkan diatas ini boleh dijadikan panduan apakala seseorang terkena strok maka pesakit berkenaan perlu dirawat serta merta dengan apacara sekalipun sebelum strok menjadi sebati serta mengawal sepenuhnya keseluruhan tubuh pesakit, Allahu a’lam.

SEBAHAGIAN GAMBARFOTO POSISI BEKAM DAN AKUPUNTUR

Bekam Bahagian Belakang

Bekam Bahagian Bawah Tengkok

Bekam dan Akupuntur Bahagian Sendi Tangan

Bekam dan Akupuntur Bahagian Tengah Kepala

Darah Beku Selepas Bekam


Edit dan pos oleh : PPJS(PJE) Hj. Mohamad bin Ismail, PSD Kerinchi KL

No comments: