16 August, 2011

IFTOR JAMA’IE KOMITI HPA KLANG

Melebihi 60 orang hadir di Majlis Berbuka Puasa diikuti dengan Solat Magrib, Jamuan makan malam, Isyak dan Solat Sunat Tarawikh anjuran Komiti HPA Klang bertempat di Dewan HPA Cawangan Klang pada 14 Ogos 2011. Majlis bermula dengan Tazkirah sebelum berbuka puasa disampaikan oleh Al Fadhil PL Ust. Mohd Fadzil Masrum serta menjadi Imam Solat Tarawikh sementara PJS Abdullah Abdul Rahim menyempurnakan tugas Bilal.

Majlis diserikan lagi dengan program Motivasi disampaikan oleh PJS Hj Rosmandi Ishak, Timbalan Presiden KPA selepas Solat Sunat Tarawikh.. Motivasi menyentuh kelebihan ibadat puasa Ramadhan Karim disamping mengingatkan perjuangan dan tanggungjawab setiap ahli HPA supaya tidak berbelah bagi memperkasakan perjuangan produk-produk halal keluaran HPA terhadap ummah.

PPJS Hj Mohamad merupakan sebahagian keluarga Komiti HPA Klang merakamkan beberapa gambarfoto untuk tatapan kalaian.


Pemimpin turut hadir dari kiri: PJS Ust. Safuan (Ketua Zon 4), PL Ust Mohd Fadzil, PJS Hj Rosmandi (Tim. Presiden KPA), PJ Hj Mohd Nordin (Pengerusi), PJS Ust Mohd Asri (Ket Unit IT & Multimedia)





No comments: