MALAM RAMADHAN AL MUBARAK
Surau Aliyah di Tingkat Bawah bersebelahan Agen Stok HPA
Sembahyang Sunat Tarawikh merupakan ibadat Ramadhan bagi setiap ummat Islam yang mempunyai kesempatan untuk menyempurnakannya walau dimana mereka berada. Alhamdulillah penghuni Pangsapuri PKNS 17 Tingkat, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur tidak ketinggalan mengerjakan solat Tarawikh setiap malam diketuai oleh Imam dan Bilal bertugas mengikut giliran yang dijadualkan. Tadarus al Quran diadakan selepas Tarawikh.
Surau Aliyah boleh menampung 200 orang jemaah muslimin dan muslimat. Alhamdulillah boleh dikatakan sebagian besar diantara para jemaah mengamal produk halal HPA seumpama produk makanan, minuman, dan herba pilihan yang dianggap sebagai jihad keatas “PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”.
Berikut merupakan beberapa keping gambar dirakam semasa para jemaah sedang bersedia untuk mengerjakan Solat Tarawikh malam ke 4 pada 3 Ogos 2011 diketuai oleh Tuan Haji Nordin bin Jailani selaku Imam dan PPJS Mohamad Ismail sebagai Bilal Tarawikh.
SELAMAT BERPUASA DAN MENGERJAKAN IBADAT RAMADHAN KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs7635pIjhgo-5GM-uftRQLHK2VxoNQRyP1iMgKg4f5JJCIL9OOC10wGDcYuzHHl6h-Ausy4GCzuakfLqjuKvRQRLOzNJDMUAKHPMXDBQoFgCkjseTBp4en2IZ2_dSVKfs8O_iv_cp5zHb/s320/20110803+700x530.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIrOSxKBVtyYuDnKW0E0zKojThBlVkiApULnVRCNXMqvsvwkn5-ogl4HUHedBsjzWLn6FyqJ__vfRrlUpaMbv63ww778e2WhsdLw4Smh92LsZs6UJmho7NZAXuA5DnX22aN4cE31fJ742I/s320/20110803705x530.jpg)
Sebahagian Jemaah Muslimat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPNsLteisMjsNTEQz9odRPt68YLEjehBqlO_y6RT4eNmjW3sxnZk41MiboT-7KnxvfvhsMF3SRvE3HZwMDGw4xpfgeTOqy1ICLskujDirFJu4X3EIiovq5ZIHGC4hktioND_Xh3IlLKO72/s320/20110803+700x540.jpg)
Gambar dirakam dan disunting oleh : PPJS Hj. Mohamad Ismail
No comments:
Post a Comment