24 May, 2009

AGEN STOK HPA

Bismillahirrahmanirrahim......

Kepada Pelawat-Pelawat sekelian,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dan Selamat Datang ke Blog PSD HPA KG. KERINCHI KL.

Alhamdullillah syukur kehdrat Allah buat kali pertama kita bersua di Laman Blog ini dengan tujuan bagi memudahkan Para Pengguna dan Ahli-Ahli HPA selaku pengamal Produk hallalan thoyyiban sebagai JIHAD bagi setiap seseorang Ummah untuk merealisasikan slogan amanah Pengasas HPA Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd dan Al Wahida Marketing Sdn Bhd; "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA".

Laman Blog persendirian sekecil ini juga boleh membantu pelawat-pelawat untuk mengetahui kedudukan produk pilihan yang diminati dan program-program Kursus dan Rawatan anjuran HPA dan Agensi Agensi diseluruh negara termasuk akktiviti HPA antarabangsa.

Agen Stok Kg. Kerinchi ini bermula dari tahap STOKIS pada 1 Julai 2006 dan dinaik taraf ke PENGURUS STOKIS DAERAH pada 1 Julai 2008. Alhamdullillah setakat ini saya dapat menjalankan tanggungjawab dengan lancar atas bantuan isteri PRX HJH SALIBIAH, anak PLX RIDWAN dan PRX AZURA disamping kerjasama dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh PJM CIKGU MURAD (Pusat Agensi Kajang) dan PJ UST. MOHAMAD ASRI (Pusat Agensi Meru). Kepada mereka saya ucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih.

Saya memerlukan sokongan yang berterusan daripada Ehwan sekelian. Sebarkan berita ini kepada kenalan anda yang bermukim berhampiran dengan kami. Mudah-mudahan dengan izin Allah HPA boleh mencapai doa-doa murni yang dipohonkan. Amin ... Ya Rabbal Aalamin !!!