14 January, 2011

KURSUS BEKAM TAHAP 2 (LANJUTAN)

Anjuran PJ (HERBALIS) MOHAMAD RADZI BIN ARIFFIN, seperti berikut :

Tarikh : Selasa - 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabi’ul Awal 1432H - 08:30 pg - 5:00 ptg.

Bertempat di : SURAU AL HADITHIAH, KG. PAYA, BERANANG, SELANGOR (BERHAMPIRAN DENAN BALAI POLIS BERANANG) (map)

Yuran Peserta: RM90.00

Mereka yang berminat mengikuti Kursus ini sila berhubung terus dengan PJ Mohamad Radzi bin Ariffin di HP No. 013 669 7491 atau Emel : radzihpa@yahoo.com

07 January, 2011

Penjelasan Lengkap Penajaan Semula
Dipetik dari Blog GM

Kenapa penajaan semula boleh di lakukan?
Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang sesaorang yang telah di taja sebelum ini tetapi berstatus tidak aktif membuat pilihan semula sama ada untuk kekal di jaringan lama atau mencari jaringan baru atas pilihannya sendiri.

Apakah yg di maksudkan dengan tidak aktif?
Tidak aktif bermaksud tidak aktif sebagai seorang PENGEDAR. Kelayakan menerima bonus sesaorang pengedar adalah minima 50NM maintain perbulan. Jika ia melakukan maintain peribadi di bawah 50NM ia hanya di anggap sebagai Pengedar yang bersifat pengguna biasa yang di kategorikan sebagai PENGEDAR TIDAK AKTIF.

Berapa jangka masa ketidakaktifan sesaorang pengedar itu melayakan ia boleh di taja semula?
Seorang yang tidak aktif selama 12 bulan semasa hendak di taja, layak memohon untuk penajaan semula.

Apakah ia mengambil kira tahun bila ia mendaftar menjadi ahli?
Ada dua jawapan
1. Ia tidak mengambil kira bila ia menjadi ahli asalkan jumlah edah beliau tidak aktif adalah selama 12 bulan.
2. Sekiranya usia keahlian sesaorang itu di bawah 12 bulan, maka ia belum layak untuk di taja semula sehinggalah usia menjadi ahli cukup 12 bulan dan dalam keadaan beliau tidak aktif.

Apakah pangkat dan rangkaian boleh di bawa bersama?
Kena faham istilah penjaan semula dan pindahan rangkaian. Kita tidak membenarkan sama sekali pindahan rangkaian dan pangkat. Jawapannya ada penajaan semula bermaksud dia akan di taja sebagai pengedar baru yang berpangkat pengedar biasa tanpa membawa rangkaian, pangkat maupun timbunan nilai mata yang dia miliki sebelum ini.

Bagaimana proses penajaan semula itu boleh di lakukan?
Sesaorang yang ingin melakukan penajaan semula di kehendaki memohon terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan dari pihak AWM. Adalah di ingatkan mereka tidak di benarkan melakukan apa apa pembelian sebelum penajaan baru di luluskan. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kesilapan dalam pengisian data oleh pihak MIS.

Sebarang kemuskilan sila hubungi en Kamal pada no hp 0134804717 atau email jatidiri09@yahoo.com.my

Wasallam

04 January, 2011

PESAKIT DEMAM DENGGI
PERAWATAN HERBA PENAWAR AL WAHID
(HPA)


Demam denggi merupakan penyakit merbahaya yang bermula dengan gigitan nyamuk Aedes dan sehingga kini tidak ada ubatnya. Ianya biasa terjadi pada kanak-kanak dan orang dewasa dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Biasanya pesakit denggi akan ditahan dihospital bagi pemantauan selanjutnya. Pesakit akan dimasukkan air kedalam badannya dan diberikan ubat tahan sakit sahaja.

Langkah-langkah pencegahan denggi adalah membersihkan kawasan rumah dari bertakungnya air yang boleh membawa kepada pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu kita juga perlulah membuang asid dalam badan dan meningkatkan imuniti supaya terlindung dari pelbagai penyakit termasuk demam denggi ini.


Perawatan herba boleh diberikan kepada pesakit denggi dan diamalkan secara istiqamah. Sinergi dibawah adalah disarankan oleh Tuan Haji Ismail, pengasas HPA. Malah beliau mempunyai pelbagai petua untuk merawat demam denggi ini.


Sinergi bagi demam denggi:
D’det -3 biji pagi dan 3 biji malam
Shark Cartilage – 2 biji pagi dan 2 biji malam
Roselle -3 biji pagi dan 3 biji malam
Teh Herba -Minum 3 kali sehari

Amalkan sekali:
Alkalizing Clorophyll Drops
Jelly Gamat HPA (1 sudu pagi dan 1 sudu malam).


PENYELESAIAN LAIN DARI TUAN HAJI ISMAIL BIN AHMAD
PENGARAH URUSAN 1 HPA

Dari Sumber : JawiMedHerb


Baca berita hari ini tentang demam denggi yang semakin meningkat terutamanya di Johor. Rasa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu yang sangat berharga terutamanya kepada ahli ahli HPA. Demam denggi menyebabkan pesakit merasa panas yang sangat tinggi, platelet rendah, badan lemah , seram sejuk, sakit kepala, sakit dalam mata, sakit belakang, sakit kaki , tekanan darah rendah, muka menjadi merah dan sakit sakit sendi. Rawatan segera mestilah dilakukan dengan membawa pesakit ke hospital.

Tidak ada ubat untuk menghentikan virus ini tetapi pesakit hanya diberikan ubat tahan sakit sahaja. Pesakit juga dibantu dengan memasukan air dalam tubuh dan rehat. Perubatan Jawi semenjak dari dahulu lagi percaya bahawa ada ubat khas untuk denggi ini tetapi masih belum diakui oleh perubatan alopaty kerana tiada data data klinikal. Apapun tidak salah dengan mengambil beberapa jenis ulam ulaman penyakit ini mudah dirawati. Paling lama hanya tidak lebih dari 3 hari dan paling cepat sehari semalam sudah menampakan peningkatan platlet darah. Ini bukan ubat ubatan tetapi ulam ulaman kampung sahaja. InsyaAllah.


D’det – RM75
Shark Cartilage – RM70
Roselle – RM20
Teh Herba – RM20
Alkalizing Clorophyll Drops – RM50
Jelly Gamat HPA – RM45

Catatan: Artikel ini dipetik dari http://jamalmajlis.blogspot.com memberitahu walau
dimana Kalian berada bagi manfaat perawatan herba HPA keatas pesakit
demam denggi. Adalah disarankan supaya berita ini
dapat disebarkan secara meluas.