24 April, 2012

POLIGAMI MENURUT PANDANGAN PERUBATAN JAWI


PERCUMA - SILA HADIR BERAMAI-RAMAI

MAJLIS 10 TAHUN PJS PAK LAH BERSAMA HPA

Seramai hampir 100 orang pemimpin dan keluarga HPA hadir pada Majlis Kesyukuran PJS Abdullah Abdul Rahim lebih dikenali dengan nama glamor gelaran Pak Lah HPA bertempat di Dewan Cawangan Wangsa Maju bermula Solat Magrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yasiin.


PJS Pak Lah diapit oleh PJS-PJS yang hadir duduk dibahagian hadapan

Yang paling menarik perhatian pada Majlis tersebut ialah dengan kehadiran Al Fadil Ust Ismail Hshim lebih dikenali sebagai Editor  Buletin Semasa KHABAR, Beliau menyampaikan slot ceramah membakar semangat PJS Pak Lah yang telah memberi sumbangan perjuangan yang amat besar kepada HPA selama 10 tahun genap pada 22 April 2012 tanpa mengira penat lelah mahupun waktu siang waima malam. Atas kegigihan PJS Pak Lah menjalankan tanggungjawab sebagai Penceramah Produk Herba, Mendiagnos Penyakit melalui  Saraf  Tapak Tangan, Iridologi dan Lidah disamping mempraktik perawatan Thibbun Nabawi, Bekam, Kiropraktik, Refleksologi dan Akupuntur; Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA menswastakan HPA Cawangqan Wangsa Maju kepada PJS Pak Lah sejak Mac 2012.


Al Fadil Ust. Ismail Hashim


Saudara Mohd Asri mengepalai bacaan Surah Yasiin selepas Solat Magrib

Jamuan yang dihidangkan pada malam tersebut begitu banyak berlebihan hasil dari kerjasama mereka yang hadir dengan sumbangan pelbagai jenis juadah dan lauk paok. Alhamdulillah, Majlis berjalan dengan begitu lanncar lagi meriah diselangselikan perwatakan PJS Pak Lah semula jadi dengan dendangan Nasyid kegemarannya untuk hiburan buat mereka yang hadir. Sekelian yang hadir mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada PJS Pak Lah yang mengharungi suatu Jalan Perjuangan Yang Masih Panjang bersama HPA.

diedit oleh : PJS(Herbalis) Hj Mohamad Ismail, Pusat Jualan HPA Kerinchi KL