31 May, 2011

BENGKEL KEUSAHAWANAN MLMS ESP 1 SIRI 1

Seramai 50 orang peserta mengikuti Bengkel susulan ESP 1 Siri 1 di Dewan Tingkat 1, Menara HPAic, Shah Alam pada 29 Mei 2011 dari jam 08:00 pagi hingga 5:00 petang. Peserta dipecahkan kepada lima kumpulan dibawah bimbingan 5 orang PJS selaku Mentor. Berikut merupakan sebahagian daripada rakaman gambarfoto untuk dikongsi bersama:


Kumpulan Mentor PJS Ismahali Ridzwan Mohd Ismail

Raheeda Ibrahim melapaz AZAM selaku Mente dihadapan Mentor PJS Ismahali

Kumpulan Mentor PJS Rosmandi Ishak

Kumpulan Mentor PJS Fauzani Abd Rahim

Kumpulan Mentor PJS Ust. Safuan Pamidi

Penyampaian sijil penyertaan oleh PJS Hafizan Fauzi, Presiden KPA kepada peserta PL Shahrin bin Ramli

PJ Ustazah Hjh Che Wan Jamilah

Sijil Penyertaan PPJS(PJE) Mohamad Ismail

PJS Cikgu Haji Murad Abu Bakar menyampaikan motivasi pemasaran dinamik dan keberkesanan produk-produk herba dan memberi penerangan berhubung dengan kemunculan set 4 produk yang dikenali dengan jenama: SET UNTUK KANAK-KANAK, SET UNTUK WANITA, SET UNTUK LELAKI dan SET WARGA EMAS yang akan diperkemaskan dalam pakej yang menarik.

Diedit dan pos oleh: PPJS(PJE) Mohamad bin Ismail, PSD Kerinchi KL

24 May, 2011

STROK DATANG BERULANG

STROK MENJELMA SEPANTAS KILAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lazimnya apakala seseorang itu diserang strok atau lumpuh pastinya tidak berdaya mengucapkan perkataan dengan jelas dan keseluruhan atapun sebahagian anggotanya akan menjadi lumpuh dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Jarang berlaku apakala seseorang itu diserang strok pulih dalamasa terdekat dan selepas itu berlaku strok buat kali kedua dan pulih lagi selepas dua jam berikutnya. Ianya berlaku keatas seorang pesakit berkeadaan sehat berusia 73 tahun sentiasa berada didalam kedudukan tekanan darah disekitar 140/80. Kronologi peristiwa benar berlakunya strok dan proses perawatannya adalah seperti berikut untuk dikongsi bersama dan dijadikan panduan:

  • Pesakit masuk kamar tidur jam 11:45 mlm 11 Mei 2011. Jam 00:10 pg 12 Mei 2011 masih belum tidur suatu kejadian anih berlaku dalam keadaan sedar dan serangan strok terjadi dalamasa lima minit melibatkan lidah menjadi kelu tidak boleh menyebut satu perkataan pun kecuali ‘Allah dan Subhanallah’ dengan jelas dan tangan kanan sertamerta menjadi lumpuh.
  • Dalam keadaan pantas pesakit memilih Hospital Tuanku Mizan (Hospital Angkatan Tentera) Wangsa Maju dan tiba untuk rawatan kecemasan disekitar jam 01:00 pg. Doktor Tentera Wanita yang sedang sarat mengandung dan Para jururawat bertugas segera mengambil ECG dan Tekanan Darah (BP). Anihnya keadaan pesakit beransur pulih dengan sendirinya. Boleh bertutur dengan baik dan keadaan tangan kanan kembali bertenaga seperti biasa. Kekuatan pesakit senentiasa bersandarkan dengan Ayat-ayat Suci al Quran dan semangat perjuangan keluarga HPA yang jitu dijadikan kekuatan semangat pemulihan.
  • Pihak hospital memberi sebiji ubat pil bagi menurunkan kadar tekanan darah (BP) serta mencadangkan pesakit berpindah ke IJN ataupun dimana-mana hospital pilihan untuk rawatan kecemasan lanjutan. Pesakit berada dibilik rawatan kecemasan Hospital Tuanku Mizan HAT lebih kurang 45 minit.
  • Pesakit memilih Hospital Universiti kerana hampir dengan rumah kediaman.
  • Dalam perjalanan ke Hospital Universiti, pesakit singgah dirumahnya untk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan perjalanan ke Hospital Universiti atau pun engkar janji kerana kononnya sudah pulih.
  • Strok buat kali kedua menyerang secara mengejut seperti keadaan kali pertama. Pesakit kuatkan hati membuat pemeriksaan Tekanan Darah (BP) dan ianya menunjukkan pada kadar 208/91.
  • Pesakit dikejarkan ke Hospital Universiti oleh isteri dan anaknya dan terus ke bilik rawatan kecemasan disekitar jam 03:00 pg. Para jururawat bertugas mengambil Tekanan Darah (BP) menunjukan 176/80 dan ECG. Doktor bertugas mengarahkan pesakit di Scan bahagian kepala dan Xray.
  • Selesai Scan dibahagian kepala pesakit seterusnya di Xray dan selepas itu dihantar semula kebilik kecemasan kerana ketiadaan bilik pesakit yang kosong.
  • Semasa dibilik kecemasan, Alhamdulillah, pesakit beransur pulih seperti sediakala. Boleh bercakap dengan lancar dan kekuatan tangan kembali pulih seperti sediakala.
  • Semalaman pesakit tidak tidur dengan ditemani isteri turut sama tidak tidur.
  • Jam 08:30 pg 12 Mei 2011 pesakit membuat kejutan memohon diri dengan Doktor bertugas untuk keluar hospital kerana keadaan sudah sehat dan kesihatan sudah pulih seperti sediakala. Dengan berat hati Doktor yang baik hati melepaskan pesakit keluar hospital pada jam 10:00pg.

Pesakit mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Doktor dan Para Jururawat Hospital Tuanku Mizan HAT dan Hospital Universiti yang terlibat atas kecekapan mereka dalam menjalankan tugas kecemasan seumpama ini.

Pesakit tidak ketinggalan mengambil nasihat Para Herbalis HPA untuk membuat ratawan strok pada titik-titik Akupuntur diikuti dengan rawatan Thibbun Nabawi iaitu Bekam Sunnah dan Bekam pada titik-titik strok mengikut kaedah ilmu-ilmu perawatan yang diajar kepada semua Herbalis HPA oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan, HPA Group of Companies selaku Pakar Perubatan Jawi.

Mereka yang terlibat membuat rawatan susulan keatas pesakit ini adalah Herbalis-Herbalis terlatih dan Pakar Akupuntur. Pesakit juga tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

  • PJ (Herbalis) Rahmat bin Mohd Junid (0133564353) - Bekam dan Akupuntur.
  • Dr. Hj Abd Halim Basri B.Rc(UKM), MS iT(UKM), MD(MA)OIC, CM (013 344 0372) – Pakar Akupuntur.
  • PJ (Herbalis) Hjh Che Wan Jamilah (019 396 6486) – Bekam dan Akupuntur.

Kesimpulannya Penulis dan Pesakit mengharapkan semoga sedikit sebanyak peristiwa benar yang dipaparkan diatas ini boleh dijadikan panduan apakala seseorang terkena strok maka pesakit berkenaan perlu dirawat serta merta dengan apacara sekalipun sebelum strok menjadi sebati serta mengawal sepenuhnya keseluruhan tubuh pesakit, Allahu a’lam.

SEBAHAGIAN GAMBARFOTO POSISI BEKAM DAN AKUPUNTUR

Bekam Bahagian Belakang

Bekam Bahagian Bawah Tengkok

Bekam dan Akupuntur Bahagian Sendi Tangan

Bekam dan Akupuntur Bahagian Tengah Kepala

Darah Beku Selepas Bekam


Edit dan pos oleh : PPJS(PJE) Hj. Mohamad bin Ismail, PSD Kerinchi KL

11 May, 2011

GLAUKOMA

SAYANGI MATA

Glaukoma boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan atau kebutaan kekal mungkin dapat dielakkan. Ianya boleh berlaku pada sebelah atau pada kedua-dua belah mata.

Glaukoma Sudut Terbuka biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit. Tterjadi dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'. Sistem pengaliran tersebut tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan kebahagian depan mata menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah kawasan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga mata berkenaan menjadi buta.

Glaukoma berlaku kepada:

  • Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
  • Pengambilan ubat kimia mengandungi steroid berlebihan.
  • Penghidap Kencing Manis dan Darah Tinggi.
  • Umor 40 tahun ke atas.

Glaukoma Kronik akan memberi tanda-tanda:

  • Buta tanpa petanda awal.
  • Kepala menjadi sakit atau rasa tidak keselesaan pada mata.
  • Ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan.

Apabila Glaukoma menjadi parah gejala berikut akan timbul:

  • Kabur penglihatan.
  • Loya dan muntah-muntah.
  • Mata merah.
  • Sakit kepala.
  • Sakit mata secara tiba-tiba.

Pakar Mata berpendapat rawatan keatas pesakit Glaukoma diperlukan selagi hayat dikandung badan dengan menggunakan:

  • Pancaran laser.
  • Pembedahan.
  • Ubat titis mata berterusan.

Pakar Herbalis HPA dan Para-para Herbalis HPA berpengalaman yang ditemui mencadangkan kegunaan penawar Thib Nabawi dan beberapa kaedah terapi lain dipraktikkan dengan yakin, sabar dan beristiqomah, seumpama :

  • Ubat Titis HPA (adunan PU HPA).
  • Akupuntur.
  • Bekam.
  • Terapi Lebah.
  • Terapi Lintah.

Hanya Allah maha penyembuh segala penyakit, tiada penyembuh melainkan Allah. Mudah-mudahan dengan berkat do’a dan usaha HPA penawar penyakit Glaukoma ini berjaya ditemui, dengan izin-Nya... insya Allah.

Diedit oleh : PPJS(PJE) Mohamad Ismail, PSD Kerinchi KL

09 May, 2011

KPJ KHAS ESP

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) KHAS ESP

Assalamualaikum wrm., wb.

Sekelian Ahli HPA dijemput hadir beramai-ramai ke Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) khas ESP di Dewan Menara HPAic, Tingkat 10, Seksyen 13, Shah Alam pada 9hb Mei 2011 (Isnin):

8.30 mlm - Kehebatan ESP oleh GM Mohd Faisol

9:45 mlm - Ikon PJS Hafidzan, Presiden KPA

10:00 mlm – KPJ oleh Presiden PERJAWI, PJS Cikgu Murad Abu Bakar.

Mereka yang hadir boleh mendapatkan 5 produk utama dipasar ESP.

GEMPUR KEHADIRAN

Sumber maklumat : PPJS Ismahali, Setiausaha KPA