18 October, 2010

PERJUMPAAN BPB (JMB) P'PURI PKNS 17T

PERJUMPAAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)

PANGSAPURI PKNS 17T KG. KERINCHI

Keseluruhan 176 orang pemilik Rumah Kediaman dan Unit Kedai dijemput hadir oleh Jawatankuasa Pengurusan BPB (JMB) yang berlansung di :

  • Tempat : Dewan Orang Ramai P’Puri PKNS 17T
  • Tarikh : Ahad 17 Oktober 2010
  • Masa : 9:00 malam

bagi membincang kadar caj penyelanggaraan bermula 1 Oktober 2010 sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa BPB (JMB) seperti berikut :

  • Unit Rumah : RM88.00 (Singking Fund 10% RM8.00 ) per bulan.
  • Rumah Kedai : RM 135.00 (Singking Fund 10% RM17.50) per bulan bagi setiap unit Lot Kedai.

Seramai 47 orang pemilik Rumah dan Kedai hadir pada perbincangan tersebut. Banyak perkakra diperbincangkan dan diantara kadar yang dicadangkan RM50.00 per bulan berkesudahan dengan ;

  • Kadar caj penyelenggaraan seunit Rumah RM88.00 dipersetujui oleh pemilik Rumah dengan syarat suatu pengkajian dibuat selepas enam bulan BPB (JMB) beroperasi bagi menentukan samada kadar tersebut dikekalkan ataupun diubahsuai berdasarkan kos operasi bulanan.
  • Kadar caj penyelenggaraan Lot. Kedai tidak dipersetujui memandangkan kadar tersebut dikira amat tinggi seumpama Kedai PSD HPA Kerinchi mempunyai Lot (3 unit) perlu membayar RM135.00X3=RM405.00 per bulan. Pemilik Kedai dan semua yang hadir mencadangkan supaya kadar penyelenggaraan Lot Kedai dikira @RM0.14 sen sekaki persegi iaitu RM0.04 sen lebih tinggi daripada kadar penyelenggaraan Rumah. Pihak pengerusan bersetuju supaya suatu tindakan susulan diadakan dengan pihak pemilik Kedai. Alhamdullillah dengan kadar tersebut ianya tidak membebankan PSD HPA Kerinchi yang mengusahakan produk halal demi menyelamatkan pemakanan Ummat Islam.

Adalah diharapkan mereka yang tidak hadir bersama dengan perjumpaan ini memperolehi maklumat yang perlu diambil ingatan bahawa semua pembayaran caj penyelenggaraan bulanan mulai Oktober 2010 hendaklah dibayar terus kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan bukan lagi ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kedai PSD HPA Kerinchi menyediakan pelbagai produk herba rawatan dan kesihatan, produk kekgunaan harian seumpama ubat gigi herba, minyak but-but, ayam organik, kopi radix, set bersalin dengan harga ahli dan harga pengguna. Ianya berada dalam kawasan rumah kalian dan perjuangan kami adalah seperti yang ternyata di http://kedaikerinchi.com

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"