21 April, 2010

MENDIDIK ANAK UNTUK HARI TUA ATAU UNTUK TUHAN

Assalamualaikum wrm., wb.

Suatu bingkisan berupa rencana diterima melalui emel dari cucuku Nurul Abdul yang bermastautin di New Zealand buat insan yang bergelar Ibu dan Bapa. Ianya dipetik dari sumber Media Muslim untuk tatapan kita semua bagi manfaat bersama. Nurul dan ibunya pernah dibekalkan dengan Kopi Radix Jumbo beberapa bulan yang lalu.

Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu, anak- anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan.

Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak- anak akan membantu dan membela mereka.

Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama.

Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata. Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi. Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Tuhan.

Anak-anak itu adalah amanah Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi. Mereka perlu dididik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan menjadikan cinta agung mereka.

Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan. Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Tuhan. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka.

Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa. Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka.

Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain- lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka.

Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.

Hadis ada menyebut: "Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untukTuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

Allahu Alam
--
inna lillahi wa inna illahi rawjeunn~

PJS HJ ZAINAL AHMAD MASUK WAD HUKM

Berita sedih dari blog RADIX@HPA AMPANG

Dukacita dimaklumkan bahawa Pjs Hj Zainal Ahmad dari Ulu Langat telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital UKM Cheras.
Hospital HUKM
Tingkat 4, Wad 4F, Katil 15.

Beliau dimasukkan ke dalam wad petang tadi.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga cepat sembuh. Dan silalah berziarah waktu melawat di wad tersebut.
Posted by RADIX@HPA AMPANG at 4:09 PM

KOPI RADIX PALSU DAN KOPI RADIX DIBAWAH HARGA

Kenyataan Rasmi Isu Kopi Radix Palsu
dan Kopi Radix di Bawah Harga

Dari Blog GM

Salam semua sekali.

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;
i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.

iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.

Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.

Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.

Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

06 April, 2010

RINGKASAN PRODUK HPA DAN SINERGI

Assalamualaikum wrm., wb

Perkara yang selalu berlaku ialah ramai diantara kita tercari-cari produk yang sesuai untuk digunakan bagi merawat sesuatu penyakit dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan perkara mudah menjadi rumit, terutama sekali bagi kalian yang baru berjinak-jinak dengan produk herba HPA.

Dalam hal ini HPA sentiasa membantu untuk merumus produk-produk yang terdapat dalam pasaran dimana jua kalian berada dengan formula yang digariskan oleh pakar dalam Jawimedherbs. Apa yang kalian perlu lakukan ialah klik disini dan buat pilihan sendirian atau pun dengan bantuan sahabat HPA yang lebih peka dengan penggunaan dan pemakanan produk tersebut.

Jika ingin kepastian lebih terperinci sila berkunjung ke http://kedaikerinchi.com dan buat pilihan produk yang anda perlu.

berjihadlah kearah "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

05 April, 2010

PBC KOMUNITI WANGSA MAJU KE 3

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) kearah merealisasikan kelahiran Usahawan Muslim Sejati akan diadakan selama dua hari seperti berikut :

Tarikh : 24 - 25 April 2010

Tempat :
BRISDALE HOTEL
Jln Hj Hussein Off Jln Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur

Bayaran : RM160.00 seorang

Sila buat tempahan kepada Jawatankuasa Penganjur. Pemimpin Pemimpin berikut turut bersama menjayakan program ini :

PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM (Penganjur) - 012 684 9263
PJS JAMALUDIN YEOP MAJLIS - 012 250 3041
PJS MOHD ZAMRI IBERAHIM - 019 382 5141
Prof Madya Dr. ISHAK SULIAMAN
PJ HJ TAUFIQ BIN ABU HASSAN - 012 303 6891

Kapasiti PBC ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja oleh itu sila buat pendaftaran awal supaya tidak keciciran.