26 November, 2010

KURSUS ASAS KIROPRAKTIK

PJ (Herbalis) MOHAMAD RADZI BIN ARIFFIN, Presiden Pelapis KPA menganjurkan suatu Program :

KURSUS ASAS KIROPRAKTIK (‘AMALI DAN PRAKTIKAL)

Tarikh : 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H - 08:30 pg - 5:00 ptg.

Bertempat di : Aras 1, HPA Cawangan Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Yuran Peserta: RM80.00 (Termasuk Module, 2XMinuman, Makan Tengahari dan Sijil Penyertaan)

Mereka yang berminat mengikuti Kursus ini sila berhubung terus dengan PJ (Herbalis) Mohamad Radzi bin Ariffin di HP No. 013 669 7491 atau Emel : radzihpa@gmail.com

disebar oleh Pelapis KPA, PJE Hj. Mohamad Ismail

25 November, 2010

MEGA PBC BAKAL LAHIRKAN USAHAWAN HPA

Penduduk tempatan sekitar kawasan Pantai Dalam dan Lembah Pantai terdiri daripada ahli mahupun masih belum mendaftar keahlian HPA yang berminat untuk mengikuti program ini jika memerlukan sebarang bantuan sila hubungi PJE (Pelapis PJS) Hj Mohamad Ismail, 016 213 9057 atau datang sendiri ke PSD Kerinchi dengan kadar segera selagi kekosongan masih ada.

07 November, 2010

PROGRAM HPA DI LEMBAH PANTAI 13 & 14 NOV 2010

HPA BERSAMA PENGGUNA PADA 13 & 14 NOV 2010

ANJURAN PUSAT STOKIS DAERAH KG. KERINCHI, KUALA LUMPUR


Perasmian Menara HPAic

Keseluruhan makmum yang mengikuti Solat Jumaat 5 November 2010 di Masjid-masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, diamanatkan oleh Khatib-khatib bertugas dengan tajuk khusus pemakanan Halal, Haram dan Subhah bagi keseluruhan Umat Islam lengkap dengan dalil dan hadithnya sekali. Itulah juga yang ditekankan saban masa tanpa noktah dimana sahaja keluarga HPA berada oleh pengasasnya Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan 1, HPA sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1986 yang lalu.

“Yang HALAL itu jelas, Yang HARAM itu jelas,

Dan antara keduanya terdapat yang syubhah...” (Hadis Nabi s.a.w.)

Ianya berterusan tanpa henti melalui pemimpin-pemimpin PJS-PJS dengan keahlianya menghampiri 1,000,000 orang dan juga melalui Agen-agen Stok diseluruh Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand, Singapura dan bakal meneroka dimana sahaja Ummat Islam berada bagi menyebarkan “Produk Halal Tanggungjawab Bersdama”.

Atas kesedaran ini Agen Stok tahap Pusat Stokis Daerah Kg. Kerinchi yang kecil ini mengambil kesempatan untuk menganjurkan hari terbuka kepada pelanggan-pelanggan setia dan juga bagi mereka yang masih belum mengenali HPA secara dekat supaya dapat melapangkan masa untuk mengetahui dan bermesra dengan pemakanan produk-produk halal suatu perubahan berani yang total mengikut landasan syariat dilakukan oleh pengasasnya bagi menyelamatkan Ummat Islam dari memakan produk-produk yang tidak halal disamping boleh menghampirkan diri dengan perubatan dan perawatan JAWI seumpama Bekam, Kiropraktik, Refleksologi, Akupuntur dan sebagainya. Program ini sangat kecil dari segi keupayaan pihak penganjur tetapi mempunyai semangat jitu atas sokongan pemimpin-pemimpin menjadikannya sehebat Menara HPAic kearah penaklokan global dalam artikata ’PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”.

Program yang dianjurkan nanti akan dipimpin oleh dua orang PJS kelahiran Lembah Pantai dan mempunyai ilmu pengetahuan organisasi HPA, produk-produk herba, ilmu perubatan dan rawatan JAWI yang tinggi bersama-sama dengan sokongan padu Herbalis-herbalis yang mempraktikkan ilmu dalam bidang masing-masing, seperti berikut :

PIMPINAN BERSAMA:

PJS AHMAD AZAM BIN JAAPAR – 012 373 7581

PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM (PAKLAH) – 012 684 9263

KUMPULAN HERBALIS:

HJ. ONN IBRAHIM & HJH. CHE WAN JAMILAH

(Bekam, Kiropraktik, Refleksologi, Akupuntur)

RIDZWAN, NORMAHAYATI & ZAINAL AHMAD

(Bekam, Kiropraktik, Refleksologi)

RAHMAT HJ MOHD JUNID

(Iridologi, Bekam, Kiropraktik, Refleksologi)

JOHARI & SHARIFFAH

(Bekam, Refleksologi)

UST MOHD RADZI ARIFFIN (ATAS PERMINTAAN)

(Terapi Lebah – Memperkenal Kebesaran Allah)

JADUAL 13 DAN 14 NOVEMBER 2010 – (10:00 PG – 4:00 PTG)

09:00 - 10:00 pg Pendaftaran Kehadiran dan menyerahkan slip hadiah cabutan.

10:00 - 11:30 pg Pengenalan HPA dulu dan sekarang

Penerangan Pemakanan Produk Halal dan Haram

Disampaikan oleh : PJS Abdullah

11:30 -12:45 th Organisasi HPA

Perniagaan MLM HPA berlandaskan Syariah

Disampaikan oleh : PJS Ahmad Azam

12:45 - 1:45 ptg Rehat dan Solat di Surau Aliyah bersebelahan Dewan

1:45 – 4:00 ptg Diskusi dan konsultasi termasuk menjawab soalan oleh:

PJS Ahmad Azam & PJS Abdullah (PakLah) dan dibantu

oleh Pemimpin-pemimpin berpengalaman yang hadir.

Jadual tersebut diatas hanya sebagai panduan sahaja dan ianya berubah mengikut keperluan semasa atas permintaan ramai dan kebijaksanaan Pengelola. Berkemungkinan satu Kursus Mendaignos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan diadakan pada 14 Nov 2010 jika ada permintaan dari pengunjung yang hadir pada 13 Nov 2010.

DAIGNOS PENYAKIT DAN PERAWATAN JAWI :

10:00 pagi hingga 4:00 petang – Herbalis dengan kumpulan masing akan menjalankan pendaftaran dikaunter yang telah ditetapkan, termasuk mendaignos penyakit, menentukan produk dan menyatakan keperluan rawatan bagi setiap pasyen.

SEMUA RAWATAN adalah tertutup bagi wanita ditempatkan bahagian Solat kawasan muslimat Surau dan juga dibilik rawatan PSD bersebelahan Surau. Sementara Rawatan untuk lelaki adalah juga tertutup dibahagian Surau kawasan muslimin dan sebahagiannya dalam Dewan pada kawasan yang diperuntukan.

SEMUA PRODUK HPA pada hari-hari tersebut hanya dijual dengan harga diskaun 5% - 10% dari harga pengguna. Pengedar Berdaftar yang berminat untuk menjual Produk HPA atau membuka Gerai Makanan sila buat pendaftaran dengan datang sendiri tidak lewat pada 10 Nov 2010 dengan menggunakan payung atau kemah kecil atas urusan sendiri.

GERAI MINUMAN DAN MAKAN RINGAN disediakan seadanya dan terdapat sebuah restoran berhampiran dengan Dewan. Minuman kopi radix dan koko dikenakan RM1 secawan.

UNDANGAN

Kepada sekelian Ummat Islam muslimin dan muslimat LEMBAH PANTAI dan dimana sahaja anda berada yang ingin merealisasikan pemakanan halalan wa toyyiban serta ingin mengetahui cara perubatan dan perawatan JAWI adalah dengan segala hormatnya dipersilakan hadir. Mudah-mudahan akan bermulalah era baru perubahan dalam pengamalan makanan seharian kita kepada yang benar-benar Halal dan Baik, insyaAllah.

UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA...Aminn!

Disediakan oleh : PJE Hj. Mohamad bin Ismail ... Ahli Kelab Pelapis KPA