16 August, 2011

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI HPA

Sungai Petani 16 OGOS – Mesyuarat Tribunal hari ini bersama PU telah meluluskan tempoh maintain 150 pv / nilai mata boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan boleh dibuat belian dimana-mana agen stok yang berdaftar.

Antara Syaratnya :

1.Borang kuning maintain 150 pv kena ambil distation utama / cwg berdekatan.

2.Salinan Sijil ESP atau bengkel perlu di lampirkan dgn invois dan borang maintain ESP.

3.Bagi program berlangsung pd 25 haribulan keatas akan dikira pd bulan berikutnya.

4.Proksi sama sekali tidak dibenarkan.

Sebarang pertanyaan boleh menge-mailkan kepada

alwahidamarketing@yahoo.com

@ boleh di link facebook

http://www.facebook.com/#!/pemasaran.alwahida

Sekian harap maklum.

Sumber: Posted by PUSAT OPERASI ZON TENGAH at 2:29 PM

IFTOR JAMA’IE KOMITI HPA KLANG

Melebihi 60 orang hadir di Majlis Berbuka Puasa diikuti dengan Solat Magrib, Jamuan makan malam, Isyak dan Solat Sunat Tarawikh anjuran Komiti HPA Klang bertempat di Dewan HPA Cawangan Klang pada 14 Ogos 2011. Majlis bermula dengan Tazkirah sebelum berbuka puasa disampaikan oleh Al Fadhil PL Ust. Mohd Fadzil Masrum serta menjadi Imam Solat Tarawikh sementara PJS Abdullah Abdul Rahim menyempurnakan tugas Bilal.

Majlis diserikan lagi dengan program Motivasi disampaikan oleh PJS Hj Rosmandi Ishak, Timbalan Presiden KPA selepas Solat Sunat Tarawikh.. Motivasi menyentuh kelebihan ibadat puasa Ramadhan Karim disamping mengingatkan perjuangan dan tanggungjawab setiap ahli HPA supaya tidak berbelah bagi memperkasakan perjuangan produk-produk halal keluaran HPA terhadap ummah.

PPJS Hj Mohamad merupakan sebahagian keluarga Komiti HPA Klang merakamkan beberapa gambarfoto untuk tatapan kalaian.


Pemimpin turut hadir dari kiri: PJS Ust. Safuan (Ketua Zon 4), PL Ust Mohd Fadzil, PJS Hj Rosmandi (Tim. Presiden KPA), PJ Hj Mohd Nordin (Pengerusi), PJS Ust Mohd Asri (Ket Unit IT & Multimedia)





04 August, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

MALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Surau Aliyah di Tingkat Bawah bersebelahan Agen Stok HPA

Sembahyang Sunat Tarawikh merupakan ibadat Ramadhan bagi setiap ummat Islam yang mempunyai kesempatan untuk menyempurnakannya walau dimana mereka berada. Alhamdulillah penghuni Pangsapuri PKNS 17 Tingkat, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur tidak ketinggalan mengerjakan solat Tarawikh setiap malam diketuai oleh Imam dan Bilal bertugas mengikut giliran yang dijadualkan. Tadarus al Quran diadakan selepas Tarawikh.

Surau Aliyah boleh menampung 200 orang jemaah muslimin dan muslimat. Alhamdulillah boleh dikatakan sebagian besar diantara para jemaah mengamal produk halal HPA seumpama produk makanan, minuman, dan herba pilihan yang dianggap sebagai jihad keatas “PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”.

Berikut merupakan beberapa keping gambar dirakam semasa para jemaah sedang bersedia untuk mengerjakan Solat Tarawikh malam ke 4 pada 3 Ogos 2011 diketuai oleh Tuan Haji Nordin bin Jailani selaku Imam dan PPJS Mohamad Ismail sebagai Bilal Tarawikh.


SELAMAT BERPUASA DAN MENGERJAKAN IBADAT RAMADHAN KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN


Sebahagian Jemaah Muslimin


Sebahagian Jemaah Muslimat


Gambar dirakam dan disunting oleh : PPJS Hj. Mohamad Ismail