24 July, 2011

Bengkel ESP siri 1 kali ke 6 - Mentor_Mentee

Bengkel ESP siri 1 kali ke 6

Seramai 55 orang peserta selaku Mentee mengikuti Bengkel susulan ESP Siri 1 Kali ke 6 anjuran Kelab Pemimpin Al Wahida di Dewan Tingkat 1, Menara HPAic, Shah Alam pada hari Sabtu 23 Julai 2011 dari jam 08:30 pagi hingga 5:30 petang. Peserta dipecahkan kepada lima kumpulan dibawah bimbingan 3 PJS dan 2 Pelapis PJS selaku Mentor.

Program ini dipimpin oleh PJS Hafidzan Faudzi, Presiden KPA dengan usahasama Pn Zaimah Ismail, AGM Zon Tengah dan PJS Ismahali, Setiausaha KPA selaku penggerakcaranya.


PJS Hafidzan Fauzi, Presiden KPA

Penggerakcara PJS Ismahali, Stiausaha dan Ketua Unit Latihan KPA

Peserta Lelaki

Peserta Wanita

Mentor bersama Speaker, Presiden KPA dan AGM Zon Tengah


Kumpulan Pelapis PJS Asma’

Kumpulan PJS Cikgu Harun

Kumpulan PJS Rashidah

Kumpulan Pelapis PJS Haji Mohamad

PJX Mohd Hisham menerima Sijil Penyertaan

Pelapis PJS Norafifah Seman menerima Sijil Penyertaan

Gambar dirakam oleh : Pelapis PJS Hj Mohamad Ismail

22 July, 2011

LATIHAN KEJURULATIHAN (TRAIN THE TRAINER) MENTOR

LATIHAN KEJURULATIHAN

Seramai 31 orang peserta terdiri daripda PJS dan Pelapis PJS KPA terutama sekali kepada bakal menjadi Mentor menghadiri Latihan Kejurulatihan (Train The Trainer) di Dewan Utama, Menara HPAic, Shah Alam, Selangor bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang 21 Jul 2011.

Kursus ini diadakan untuk memberi Mentor kefahaman bagaimana menjadi pembimbing dan fasilitator yang lebih efektif lagi supaya objektif laluan kejayaan akan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.


Modul 1: 9:00pg -11:00 pagi: Andragogi Pemantapan Peranan Mentor disampaikan oleh PJS Mohd Ismahali Hj Ismail, Setiausaha merangkap Ketua Unit Latihan KPA.

Modul 2: 11:30 pagi – 1:30 tghari: Pengendalian LDK Efektif disampaikan oleh PJS Hafidzan Faudzi, Presiden KPA.

Modul 1: 2:30 – 4:30 ptg: Mentor-Mentee : Kearah Melahirkan Usahawan Herbalis HPA Cemerlang dan bagaimana mendapatkan peserta ESP & BESP disampakan oleh PJS Cikgu Hj. Murad Abu Bakar, Presiden PERJAWI.

5:00 petang: Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan Mentor KPA dilaksanakan oleh Puan Zaimah bt Ismail, Penolong Pengurus Besar, Zon Tengah.







Gambar dirakam dan disunting oleh : PPJS Hj Mohamad Ismail

10 July, 2011

KOWAHIDA DI ANUGERAH TUNASN HARAPAN

KoWAHIDA CEMERLANG DI PERLIS

Pengerusi KoWAHIDA Tuan Mohammad Faisol Bin Abdul Rahman menerima Anugerah Tunas Harapan Negara pada hari KSM Negara 2011 daripada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 9 Jul 2011 berupa trofi berserta cek bernilai RM 10,000.00.

Anugerah ini memecah rekod buat kali pertama anugerah kebangsaan Negeri Perlis sudah pasti ahli-ahli KoWAHIDA berasa syukur dan teruja atas kejayaan tersebut. Tahniah KoWAHIDA.

Sumber: KoWAHIDA dan Akhbar Arus Perdana

08 July, 2011

MAJLIS TAKLIMAT HIBAH PJS & PERASMIAN KILANG

MAJLIS TAKLIMAT HIBAH PJS & PERASMIAN KILANG

Melebihi 400 PJS dan Pelapis PJS hadir Majlis Taklimat HIBAH pada 6hb Julai 2011 di Dewan Komplek Alwahida, Arau, Perlis. Taklimat Hibbah PJS disampaikan oleh Panel Pemilihan yang di anggotai oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, General Manager (GM) AWM, En. Mohammad Faisol Abd. Rahman, Panel Syariah HPA yang diketuai Tuan Haji Ahmad Bin Ali. Untuk melihat gambar sila KLIK SINI

Pada jam 2:00 petang, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Merasmikan Mesyin Kopi Radix Automatik 2, di Kilang Baru. Berikut merupakan gambarfoto yang sempat dirakam disekitar majlis perasmian untuk dikongsi bersama;