22 November, 2011

MESYUARAT KHAS PJS SEKRETARIAT ESP KPA

MESYUARAT KHAS PJS SEKRETARIAT ESP KPA

Hampir keseluruhan diantara 50 Pengarah Jati Setia (PJS) daripada Lembah Kelang dan Perak menghadirkan diri pada Mesyuarat Khas PJS Sekretariat ESP KPA di HPAic dari jam 9:00 mlm hingga 11:30 mlm Isnin 21 Nob 2011. Pn. Zaimah bt Ismail, AGM Pusat Operasi Zon Tengah turut hadir bersama dengan Pegawai-Pegawai Urus Tadbir yang berkenaan. Mesyuarat di Pengurusikan oleh Presiden Sekretariat ESP KPA PJS Hafidzan Faudzi sementara pembentangan jadual kerja bagi bulan Nobember dan Disember 2011 dibuat oleh Setiausaha Sekretariat PJS Ismahali.


PJS Ismahali memberi penerangan Program Majlis Anugerah Insentif 40 I-Pad dan Karnival Gempur Radix 17 Dis 2011

Barisan PJS Muslimin dan Muslimat yang turut hadir

14 November, 2011

PROGRAM KHAS LALUAN KE PUNCAKJAYA (PKLP)

PKLP KALI PERTAMA DI HPAIC

Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) buat kali pertama diadakan di Dewan Menara HPAic, Shah Alam bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang 13 Nobember 2011 dengan kehadiran peserta seramai 347 orang.

Pembentangan Modul disempurnakan oleh tiga orang Pemimpin tertinggi HPA Industries Sdn Bhd yang terdiri daripada :

Modul 1 09:15 – 10:45 pagi: Gempur Pasaran Radix oleh PJS(PJM) Cikgu Hj Murad, Tim. Pengerusi SKEMA merangkap Presiden PERJAWI diikuti dengan soal jawab.

Modul 2 11:15 pg – 12:30 th: Gempur Bonus Radix oleh PJS(PJM) Hafidzan, Pengerusi SKEMA merangkap Presiden KPA diikuti dengan soal jawab.

Modul 3 2:15 ptg – 3:45 ptg: Gempur Kopi Radix, Vigor dan Pueraria oleh Yg Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd. Suatu pembentangan yang dinamik membuatkan setiap peserta merasakan kepuasan dan tidak berganjak sehingga pembentangan selesai.


Berikut merupakan sebahagian diantara rakaman menunjukan gambaran disekitar program tersebut berlansung dari mula hingga keakhir, Alhamdulillah dengan jayanya tanpa sebarang kecacatan.







Gambarfoto dan diedit oleh : PJS(PJE) Hj. Mohamad Ismail, PSD Kerinchi KL