20 December, 2010

KHAS BUAT PELAPIS

DIPETIK DARI BLOG GM

Salam
Kepada seluruh PELAPIS yang telah menghadiri program 2H1M pada 14&15hb Dis baru ini berikut adalah sedikit komentar dari pemantauan GM;
1. Pakaian semasa kursus amat baik.
2. Ketepatan waktu amat memuaskan.
3. Komitment cukup baik.
4. Kefahaman akan missi dan vissi (MLMS dan Herba) baik dan perlu di pertingkatkan.
5. Semangat cukup luar biasa dengan lagu baru.
6. Pengurusan masuk ke hotel dan ketika makan cukup memuaskan.
Sekalung tahniah dan syabas diatas kejayaan anda semua untuk mempersiapkan diri anda.
Terima kasih pada seluruh AJK, El Zahra & Homestay, RFC dan semua sekali kerana berkerja dengan begitu baik.
Wasallam

17 December, 2010

KONVEK 2010


Tarikh : 5 Februari 2011
Masa : 08:00 pagi - 14:00 petang
Lokasi : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)
Tiket : RM50.00 (termasuk makan tengahari)
Kapasiti : 1,000 tempat duduk sahaja

TIKET DIJUAL MULAI DARI SEKARANG
DAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA
PJS DAN PELAPIS PJS KPA

10 December, 2010

SALAM MA'AL HIJRAH 1432H KEPADA JENERASIKU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kepada seluruh keluarga HPA berstatus PB tajaan 260259.MY01 PJE Haji Mohamad bin Ismail bermula Mei 2005 walau dimana kalian berada diucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432H dengan iringan do'a semoga kalian dan keluarga berada didalam keadaan sehat walafiat dengan kurniaan rezeki Allah yang halal melimpah-ruah lagi barakah. Ucapan serupa dipanjangkan jua kepada Jenerasi-jenerasi Kumpulan.

Alhamdullillah, bersyukur kehadrat Allah, kejayaan kita dalam HPA walau sekecil mana sekalipun adalah hasil dari perjuangan kita bersama yang sepadu kearah "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"...Aminn!!!

Kita perlu serius dan beristiqomah mengamal pemakanan halal lagi baik yang terdapat dirangkaian HPA seluruh negara. Dengan kehadiran Tahun 1432 Hijriyah ini mudah-mudahan Ummat Islam seluruh alamaya dikurniakan dengan kesedaran, keinsafan dan ketakwaan hendaknya seiring dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah Ayat 168 terjemahannya bermaksud :

"Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"

Bagi kalian yang tidak lagi mengamalkan produk-produk HPA oleh sebab-sebab tertentu, mudah-mudahan dapat melapangkan sedikit masa untuk memaklumkan alamat terkini agar perjuangan kita bersama seperti dahulu dapat dibangunkan semula. Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan 1 HPA menyeru kepada Ummat Islam sekelian dengan bermadah :

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita Nescaya Mereka Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”

diedit dan disebar oleh PJE Hj Mohamad Ismail

08 December, 2010

PESERTA KURSUS ASAS KIROPRAKTIK AWAL MUHARRAM 1432H

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1 MUHARRAM 1432H
"1 MALAYSIA 1 UMMAH"

Peserta yang menghadiri Kursus Asas Kiropraktik
anjuran PJ (Herbalis) Ust. Mohamad Radzi Ariffin di Dewan HPA Cawangan Sri Permaisuri
pada hari Selasa 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H

Kepada mereka diucapkan selamat memulakan khidmad seperti yang diamanahkan dengan hati yang ikhlas dan disaran mengikuti kursus lanjutan pada masa-masa akan datang bagi memantapkan lagi bidang yang diceburi. Tahniah dan Selamat Maju Jaya, insyaAllah dengan izinNya...Aminn!

diedit dan disebar oleh Pelapis PJS (PJE) Mohamad Ismail

05 December, 2010

PBC HPA CAW WANGSA MAJU 11-12 DIS 2010

PBC WANGSA MAJU DI CITY VILLA HOTEL KL

11-12 DIS 2010

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran HPA Cawangan Komuniti Wangsa Maju akan diadakan di CITY VILLA HOTEL KUALA LUMPUR pada 11-12 Dis 2010. Yuran Peserta RM160.00 kapasiti seramai 40 orang peserta sahaja.


Pemimpin-pemimpin berikut akan menyampaikan slot masing-masing:

PJS HJ. KHALID ISKRI (0192825151) - Marketing Plan olahan baru.

PJS AHMAD AZAM JAAPAR (0123737581) - Kenali HPA dan Profile Syarikat.

PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM (PAKLAH 0126849263) - Halal Haram Dalam Pemakanan Islam dan “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”.

PJS Juwita akan menyampaikan slot 6M.

URUSETIA terdiri daripada AJK Komuniti Wangsa Maju di Pengerusikan oleh PJ HJ TAUFIX (012 303 6891).

Pendaftaran peserta terbuka kepada Pengedar Berdaftar (PB) HPA yang masih belum mencapai tahap PLX (Pengurus Melati - Bonus 20%) dengan menghubungi Urusetia segera mungkin selagi kekosongan masih ada.

diedit dan disebar oleh PJE Hj.Mohamad Ismail

01 December, 2010

BENGKEL IT KPA DI MENARA HPAIC

BENGKEL IT KPA DI MENARA HPAic SHAH ALAM
PADA 30 NOBEMBER 2010

60 orang peserta terdiri daripada PJS, Pelapis PJS
dan Jawatankuasa Komuniti Cawangan HPA Zon Tengah

GM Mohammad Faisol bin Abdul Rahman berbiacara sesuatu
berhubung dengan IT kepada seorang peserta

30 Nobember 2010 merupa suatu hari yang julung kali Program Bengkel IT diadakan dengan tujuan meningkatkan ilmu dan pengetahuan keseluruhan pemimpin-pemimpin HPA bagi mempersiapkan diri kearah pemasaraan global secara dinamik. HPAic merupakan Menara penyebar Ilmu Duniawi dan Ukhrawi paling aktif bagi membangun Pemimpin dan Keluarga besar HPA sebagai modal insan sejak ianya dirasmikan pada 2 Oktober 2010 yang lalu.

Dalam ucapan perasmian GM Mohammad Faisol menekankan betapa pentingnya kegunaan IT untuk memasarkan produk-produk herba keluaran HPA disebarkan secara meluas dengan menjimatkan masa dan perbelanjaan secara lebih berkesan.

Beliau juga menyarankan supaya Pemimpin-pemimpin HPA tidak melepaskan peluang bagi memperolehi produk ICT dengan bayaran cara mudah dan harga Ahli Koperasi yang terkawal menerusi KOWAHIDA.

Program tersebut berakhir dengan jayanya atas inisiatif PJS Jamaluddin Yeop Majlis selaku Ketua Unit IT KPA dengan bantuan Setiausaha Unit IT.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

diedit dan disiar oleh PJE Hj. Mohamad Ismail, Pelapis PJS