27 March, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

MAJLIS WALIMATUL URUS ANAK PEREMPUAN
KEPADA AHLI HPA
ENCIK OTHMAN BIN ISMAIL & HASHIMAH BT JAAFAR
DI PANGSAPURI PKNS (17T) AHAD 27 MAC 2011

Di do’akan pasangan ini semoga berkekalan sehingga keakhir hayat

Selamat Pengantin Baru Kami ucapkan kepada Kedua Raja sehari sedang melintasi perkarangan PSD HPA Kerinchi tepat jam 2:30 petang merupakan suatu anugerah Allah yang membawa Barakah...Ameen!


diedit oleh: PJE Mohamad Ismail, PSD HPA Kerinchi KL

25 March, 2011

UMRAH KELUARGA PSD HPA KERINCHI KL

KELUARGA HPA MENGERJAKAN ‘IBADAH UMRAH

PRX Hjh Salibiah Arshad isteri kepada PJE Hj Mohamad Ismail berlepas ke Madinah pada jam 1:40 petang 25 Mac 2011 bersama anak menantu Hj Noraibullah, PLX Hjh Sabrina dan tiga orang cucu (dua orang diantaranya Ahli HPA junior) dengan menaiki pesawat Pakistan International Airlines singgah sebentar di Karachi sebelum meneruskan penerbangan menuju ke Jeddah. Dido’akan semoga mereka selamat dalam perjalan pergi dan pulang kepangkuan keluarga serta memperolehi pertolongan dan ganjaran kasih sayang Allah dalam mengerjakan ‘Ibadah Umrah.

Kaum keluarga yang menyaksikan pemergian mereka di KLIA

Mereka akan berada di Madinah selama dua hari sebelum berangkat ke Makkah al Mukarramah untuk mengerjakan ‘Ibadah Umrah selama Sembilan hari. Berlepas pulang dari Jeddah melalui Karachi, Pakistan pada 6 April 2011 dan ketibaan mereka di KLIA dijadualkan pada jam 11:40 pagi 8 April 2011, insha Allah.

diedit oleh: PJE Hj. Mohamad Ismail, PSD HPA Kerinchi KL

22 March, 2011

MEGA PBC PELAPIS PJS KPA

MEGA PBC PELAPIS PJS KPA

DI HPAic SHAH ALAM PADA 19-20 MAC 2011

GM Mohammad Faisol menyampaikan modul MINDA PEMIMPIN

dan MAJLIS PENUTUP pada 20 Mac 2011

Program Mega PBC Pelapis PJS KPA buat kali ke 2 ini diadakan di Dewan Tingkat 1, Menara HPAic Shah Alam, Selangor pada 19-20 Mac 2011. Seramai 50 orang peserta mengambil bahagian dalam program tersebut. Timbalan Presiden Pelapis PJS (PJ) Jamil Othman selaku Pengarah Program dengan kerjasama PPJS (PJ) Ismahali (S/U KPA).

Gambarfoto Para Peserta Yang Mengambil Bahagian, Pemimpin-Pemimpin Pelapis & KPA

dan Pegawai-Pegawai Urusetia Mega PBC Pelapis PJS KPA pada 19 Mac 2011


Peserta Muslimin sedangan mengikuti program dengan tekun

Peserta Muslimat membuktikan kecekapan dalam mengendalikan TEAMBUILDING

Semua peserta berkumpul dalam Dewan seawal jam 04:00 pagi 20 Mac 2011 bagi mengikuti program Qiyamullail Solat Sunat Tasbih dan Sunat Hajat dipimpin oleh PJS Hj Sahir Naim (AJK KPA) berakhir dengan Solat Witir tepat jam 06:03 pagi diikuti Solat Berjemaah Subuh. Pelapis PJS (PJE) Hj Mohamad Ismail selaku Bilal dan Presiden KPT PJS (PJM) Ust. Ramizu Abdullah sebagai Imam. Presiden KPA PJS(PJM) Hafidzan Fauzi dan Timbalan Presiden KPA, PJS Rosmandi Ishak, PJS Hj Marjuni Mohd Salleh dan Presiden Pelapis PJS (PJ) Ust Mohd Radzi Ariffin turut serta.

diedit oleh: Pelapis PJS (PJE) Hj. Mohamad Ismail

17 March, 2011

USAHAWAN HPA

Assalamualaikum warahnmatullahi wabarakatuh,

USAHAWAN HPA - MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Kekosongan sebagai ahli perniagaan yang terdapat dalam bidang ini sebagai Usahawan Pengedar Berdaftar (PB) HPA dikenali dengan identiti jolokan RAKAN KONGSI NIAGA dalam keadaan SATU SAF (berJamaah) Umat Islam belum pernah lagi tiada kekosongan dan ianya tetap tidak akan terisi penuh selagimana VISI dan MISI Syarikat menuju kearah status konglomerat ini terus bergerak seiring dengan Jam Tawaf HPA atas izin dan kehendak Allah SWT, insyaAllah.

Sebahagian besar pemburu pekerjaan dalam pelbagai bidang diseluruh Negara tidak berani ataupun tidak mengetahui akan keistimewaan yang ada pada Usahawan PB HPA. Dengan RM30.00 untuk mendaftar diri sebagai PB yang diiktiraf ditambah dengan modal seminima RM30.00 lagi untuk memulakan perniagaan; dengan berkat kerajinan, sanggup mengharungi cabaran, rintangan dan kesusahan, insyaAllah tidak ada sebab mengapa sesorang itu tidak boleh berjaya. Ianya juga terbuka kepada suri rumah, mereka yang sedang bekerja mahupun berkhidmad sebagai pengamal produk halal lagi baik disamping menjana ekonomi tambahan buat keluarga dengan cara mudah beroperasi dari rumah.

Berkemungkinan ramai yang mempunyai perasaan takut apabila menghetahui HPA ini merupakan sebuah syarikat MLM. Ketahuilah kalian bahawa ianya berstatus SYARIAH yang dikenali dengan jenama MLM(S) berslogan jihad kearah “PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” Kekuatan ahli seramai 680,000 di Malaysia termasuk Brunei, Thailand, Vietnam, Kemboja dan 250,000 orang ahli lagi di Negara Indonesia. Sila layari laman web rasmi HPA http://www.hpa.com.my, untuk mengetahui akan kehebatan HPA dan kejayaan-kejayaan yang terbukti dengan jelas lagi nyata untuk membakar semangat mereka yang punya moto “kerajinan membawa kejayaan dan keberkatan hidup”.

Selaku Agen Stok atasnama PSD HPA Kerinchi KL, tidak pernah takut menerima sebarang cabaran. Membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka yang ingin tahu apakah keistimewaan yang akan diperolehi setelah menceburkan diri dalam perniagaan MLM(S) bersama HPA. Mereka yang berhampiran dengan lokasi kami adalah dipersilakan berkunjung pada masa-masa kelapangan dengan memberitahu kehadiran kalian lebih awal melalui fon 016 213 9057, emel: capt.mohamad@gmail.com; www.kedaikerinchi.com; Sila sebarkan berita seikhlas ini seluasnya kepada kaum keluarga, rakan dan taulan yang menghuni di alamaya ini dengan penghargaan dan ribuan terima kasih.

Kepada mereka yang mempunyai segala kemudahan dan kelapangan masa berkeinginan untuk meneroka ilmu herbalogi, perawatan tradisional, bekam, refleksologi, kiropraktik, mendiagnosis penyakit melalui saraf tapak tangan, lidah, mata dan thibbun nabawi peringkat asas serta ilmu perniagaan HPA dipersilakan hadir ke Program Mega PBC anjuran Kelab Pemimpin Al Wahida setiap negeri diseluruh Negara pada setiap bulan. Sila lihat iklan yang tersiar dalam blog ini sebagai contoh Program Mega PBC KPA yang akan berlansung di HPAic Shah Alam pada 19-20 Mac 2011 akan datang ini. Percayalah, HPA sentiasa komited untuk menjalankan Amanah Allah!

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Diedit oleh : Pelapis PJS(PJE) Hj. Mohamad bin Ismail

13 March, 2011

PROGRAM IT DI HPAic

Kursus Blog Unit IT KPA
di Dewan Menara HPA International Centre Shah Alam
Sabtu 12 Mac 2011

Gambarfoto Peserta Kursus Blog Unit IT KPA kendalian PJS Jamaluddin Yeop Majlis, Ketua Unit IT KPA dan Tutor IT Syafrizal

Seramai 19 orang peserta mengambil bahagian dalam Kursus Blog Anjuran Unit IT KPA pada hari Sabtu 12 Mac 2011 bermula jam 09:00 pagi hingga 3:30 petang.

Kursus bermula dengan pembentangan Modul 1 Pengenalan Google dan Blogger/Blogspot diikuti dengan cara-cara membuka akaun Google dan Blogger serta cara membina blog baru.

Sementara Mudul 2 memberi penekanan bagaimana memulakan penulisan artikel, memasukkan gambar dan video. Cara mengubah artikel, setting blog dan mengubahsuai rekabentuk blog juga dititik beratkan dalam kursus tersebut.

Kursus seperti ini memang dianggap terlalu mudah bagi mereka yang menguasai ilmu IT tetapi ianya amat berguna bagi mereka yang belum pernah menggunakan IT untuk tujuan berusaha niaga cara mudah tanpa kos yang tinggi terutama sekali bagi usahawan HPA yang menjalankan usahaniaga dari rumah.

Unit IT KPA akan mengadakan kursus peningkatan bulan April 2011 akan datang dan disarankan supaya ramai lagi akan menyertai program seumpama ini dengan bayaran yuran peserta paling minima yang tidak diperolehi ditempat lain kecuali di Menara HPAic.

Diucapkan selamat maju jaya yang membawa barakah kepada mereka yang mengikuti program ini, insya Allah dengan izinNYA... Amin!

diedit oleh : Pelapis PJS (PJE) Hj. Mohamad Ismail

10 March, 2011

MENINGGAL DUNIA


JAMILAH BT BACHOK
Ahli HPA No. 367791.MY01 (PRX)

Meninggal dunia dirumahnya Blok A-5-5 PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada jam 2:30 petang Rabu 9 Mac 2011 ditemani anak lelaki Hisham dan cucu perempuan kesayangan PLX Fatihah.

Jenazah Allahyarhamah disempurnakan di Surau Aliyah, Pangsapuri PKNS (17T), Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur oleh keluarga, Pemimpin-pemimpin Pergerakan Wanita serta sahabat-handai. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Pantai Dalam pada sebelah malam jam 10:00.

Kepada keseluruhan keluarga Allahyarhamah kami ucapkan takziah dan banyak bersabar atas pemergian Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya, Al Fatihah.....Aminn!

06 March, 2011


TENTATIF MEGA PBC HPAIC



Ahli PB HPA yang ingin turut serta sila KLIK IKLAN dan buat pendaftaran segera. Kapasiti program ini terhad kepada 100 orang peserta sahaja.
Jangan lepaskan peluang program sehebat ini.

01 March, 2011

SLOT WANITA DI HPAic SHAH ALAM

SLOT WANITA BERSAMA PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM
DI HPAic SHAH ALAM - 28 FEBRUARI 2011

Suasana Halal Mall dan Dewan HPAic Tingkat 1 diwaktu malam
selepas kuliah jam 11:30 mlm 28 Feb 2011

PJS Abdullah Abdul Rahim memberi penjelasan segala pertanyaan
yang dikemukakan oleh peserta selepas sesi kuliah selesai

Sebahagian daripada suami menemani isteri yang hadir kuliah

Hampir 100 orang peserta menghadiri kuliah perubatan JAWI yang disampaikan oleh PJS Abdullah bin Abdul Rahim (Pak Lah). Program bermula jam 9:00 malam khusus bagi peserta wanita berhubung dengan penerangan pelbagai jenis penyakit wanita dan cara-cara untuk menghindar serta kaedah merawatnya.

Penerangan yang diberikan begitu menyeluruh sambil memberi penekanan betapa pentingnya makanan halal bagi kehidupan seharian Muslim sejati dan betapa perlunya menjaga diri sebelum terjadi permasaalahan lebih keritikal.

Setiap penyakit yang huraikan disertai herba yang perlu diambil dengan cadangan sinergi mengikut keperluan bagi sesuatu penyakit. Oleh kerana sebab penyampaian begitu berkesan membuatkan peserta seolah-olah tidak membenarkan program tersebut ditangguhkan mengikut jadual.

Alhamddulillah kuliah tersebut kelihatan memberi keberkesanan kepada setiap peserta yang mengikuti kelas, mudah-mudahan ianya memberi manfaat dan membantu mereka meningkatkan ilmu perawatan dan pemasaran keatas produk-produk yang sarankan, dengan izin Allah, insya Allah!!!