11 July, 2010

ISRA' DAN MEKRAJ DI SURAU ALIYAH

Salam Isra' dan Mekraj kepada Muslimin dan Muslimat khususnya kepada sekelian penghuni Pangsapuri PKNS(17T) Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Sebagai memperingati ulang tahun Isra' dan Mekraj 27 Rejab 1431 Hijrah; Jawatankuasa Surau Aliyah di Pengerusikan oleh Hj Zambri bin Mohamad Tenang (Tim. Pengerusi Surau) mengambil peluang keemasan menganjurkan kuliah Isra' dan Mekraj selepas Magrib 9 Julai 2010.

Penceramah undangan Ust. Zamri bin Safre, Imam Masjid Al Rahman, Universiti Malaya dalam amanatnya menyatakan Maha Suci Allah atas kebesaran dan kekuasaanNya. Ust. Zamri memperingati peristiwa peristiwa penting dalam sejarah Umat Islam dan kesan besar yang boleh diambil sebagai bekalan dalam kehidupan seharian.

Walaupun kuliah tersebut rengkas namun membawa maksud yang padat dan mudah-mudahan dengan menghadirkan diri pada malam Isra' dan Mekraj itu memperolehi ganjaran Allah Subhanahu Wataala kearah meningkatkan lagi keinsafan dalam diri dan semoga amalan baik kita diterima, insyaAllah dengan izin Allah ... Amin!!!

05 July, 2010

KELAB PELAPIS PJS-KPA

MAJLIS PEANCARAN KELAB PELAPIS PJS-KPA

Pelancaran Kelab Pelapis PJS zon KPA telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad di Hotel De Palma Ampang pada 4 Julai 2010. En. Mohammad Faisol bin Abd Rahman, GM Al Wahida Marketing Sdn Bhd, Presiden KPA PJM Hafidzan Faudzi, PJM Cikgu Murad Abu Bakar dan PJS-PJS turut hadir pada Majlis tersebut.

Pelapis PJS merupakan soff kedua dalam kepimpinan HPA. Seramai 51 orang Ahli Kelab yang tersenarai sebagai perintis hadir bagi menyahut cabaran Pengarah Urusan HPA disertai dengan ikrar akujanji untuk berkhidmat dengan kerelaan hati.

Alhamdullillah, Majlis berjalan lancar dari awal hingga keakhir dan mereka yang terpilih untuk menerajui Kelab Pelapis PJS-KPA adalah seperti berikut :

ORGANISASI:

Pengerusi : PJ Mohamad Radzi Bin Ariffin
Timb. Pengerusi : PJI Fauzani Bin Abd.Rahim
Setiausaha : PJ Mohd Ismahali Ridzwan B Mohd Ismail
Pen. Stiausaha : PJ Hasmin @ Asmidar Bt Muhd Nawir
Bendahari : PJ Hamzah Bin Hj Saidaly

AJK :

1. PJ Rohani Dollah -- Bandar Tun Razak.
2. PJ Sumniyaton Bt Jaffar --
Tanjung Karang
3. PJE Aspalela Bt Tawal --
Tanjung Malim
4. PJE Nor Hidayah Bt Hussin @ Abd Rafek --
Hutan Melintang
5. PJ Mohd Husin Bin Ab Satar --
Shah Alam
6. PJ Ayu @ Mardiyana --
Wangsa Maju Kuala Lumpur.
7. PJ Abdul Jamil Bin Othman --
Rawang
8. PJ Zumara Bin Zakaria --
Gombak
9. PJ Hanafi Bin Bakar --
Klang / Bukit Tinggi
10. PJE Syed Bahri Bin Syed Mokhtarruddin --
Bandar Baru Bangi / Kajang

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ... AMIN !!!

dipetik dari artikel dan lehat GAMBARFOTO di : kpa2u

02 July, 2010

PROGRAM MEGA PBC DI KLIH

PROGRAM MEGA
PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG
(MEGA PBC)
DI HOTEL KUALA LUMPUR INTERNATIONAL
24 - 25 JULAI 2010


Mengimbau kembali zaman kegemilangan program PERKONGSIAN BIJAK (2006)
masa lalu buat kali ke 2 berlansung di Putra Palaca Hotel, Kangar, Perlis.
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan 1 HPA
akan menyampaikan Slot Perdana selama 3 jam
dan buat kali pertama seramai 50 orang
PJS (PELAPIS) akan membantu
PJS bagi menjayakan
Mega PBC ini.

TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA ... GEMPUR !!!
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 200 ORANG PESERTA SAHAJA

Untuk maklumat lanjut lagi terperinci sila KLIK SINI