27 January, 2010

INSENTIF AGEN STOK 2010


INSENTIF TAHUN 2010 BAGI AGEN STOK
Januari 2010 hingga Disember 2010

MATLAMAT : Pengumuman yang dibuat oleh HPA keatas insentif ini bermatlamat untuk meningkatkan lagi prestasi jualan dan laporan bagi menjadikan agen stok lebih berdaya saing. Ianya merupakan suatu galakan bagi agen stok untuk memperluaskan pasaran yangmana tidak hanya menumpukan pemasaran produk kepada rangkaian sendiri sahaja.

SASARAN :
Terbuka kepada semua Agen Stok yang berstatus:

1. Pusat Agensi
2. Pusat Jualan
3. Pengurus Stokis Daerah
4. Stokis

Sudah pasti insentif seumpama ini akan membakar semangat setiap agen stok untuk memperolehi pencapaian Kategori yang diidamkan seumpama Gred A. InsyaAllah, dengan izin Allah ... KITA SEMUA PASTI BERJAYA.
GEMPUR ... RADIX!!!


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

18 January, 2010

PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW



pH 10.3 hampir menyamai air Zam Zam

Pelancaran 3 Produk HPA pada 25 Januari 2010 di De Palma Ampang
bermula jam 8:30 malam


MAALUMAT LANJUT ::: SILA KLIK DISINI

14 January, 2010

MUZKARAH PAKAR : ISU KALIMAH ALLAH


Pada 13 Januari 2010 saya menghadiri jemputan PPIM ke Muzakarah Pakar mengenai Isu Kalimah Allah 'Katakanlah Allah itu Yang Maha Esa'.

70 NGO Islam bergabung dengan menghantar 5 orang perwakilan seramai 200 orang keseluruhannya bersetuju menghasilkan 12 resolusi termasuk meminta Majlis Raja-Raja menangani segera isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan islam bagi memelihara akidah umat islam dan keharmonian beragama.

12 January, 2010

[HPA TERKINI] ::: MENARA HPA DI SHAH ALAM

MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN
& HPA TAHUN 2010


Menara HPA terletak di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam dengan kos RM54 juta.

HPA juga dipelawa untuk menjadi mentor bagi halal hub iaitu di Serkam, Melaka. Padang Besar, Perlis. dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 2009 HPA hanya mencapai 600,000 orang ahli dan target 2010 1 juta ahli bersama HPA.

2009 hanya 5 buah RFC dapat didirikan, tetapi 2010 ada 6 buah RFC lagi yang sedang dibangunkan yang melibatkan 3 fasa. fasa1,2,3. Fasa 3, bermaksud telah siap sepenuhnya iaitu di Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kangar. Yang menunggu CF iaitu di Kuantan dan Shah Alam dan yang sedang menunggu iaitu di Sungai Ara dan Kuala Lumpur. InsyaAllah tahun 2010 HPA akan menggenapkan jumlah RFC sebanyak 25 buah.

Pada tahun 2010 HPA akan membuka HPA Halal Mart, iaitu 2 lot kedai yang merupakan mini market yang penuh dengan produk halal.

HPA juga telah memiliki pusat pendidikannya sendiri iaitu di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Manhal iaitu bangunan 4 tingkat dengan kos RM 2.8 juta akan menempatkan anak-anak ahli HPA suatu hari nanti. Dalam masa 5 tahun Manhal akan menjadi Kolej Universiti dan 5 tahun selepas itu insyaAllah akan menjadi Universiti.

Perkembangan HPA diluar negara amat membanggakan iaitu 5 buah cawangan sudah dibangunkan di Thailand, pejabat HPA di Phnom Penh, Kemboja Radix Pizza House akan dibuka di Batam dan banyak lagi pejabat HPA akan dibuka di Indonesia.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan dalam memperjuangkan produk Halal, Suci lagi Bersih. InsyaAllah.

ihsan dari "hpamaju" kepada "HPAmaju@yahoogroups.com"

10 January, 2010

MADU PARAMARIA : KEWANITAAN


MADU PARAMARIA
(KEWANITAAN & AWET MUDA)

Produk ini sangat baik untuk merawat masalah kewanitaan seperti:


1.Melancarkan haid 2.Awet muda
3.Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4.Menghilangkan sakit pinggang 5.Menguatkan rahim 6.Menguatkan tulang 7.Manghaluskan kulit 8.Melambatkan menopous

Sila ambil perhatian Kapsul Paramaria disinergikan dengan Madu Asli membuatkan Madu Paramaria memberikan hasiat lebih efektif kepada pengamalnya.

09 January, 2010

MADU ARDISIA : GHOUT

MADU ARDISIA
(HERBA GHOUT)

Madu Ghout ini sangat baik untuk merawat masaalah penyakit ghout.

Produk Herba Ardisia yang disinergikan dengan Madu Asli bagi mempercepatkan kesembuhan.


Sila lehat ARDISIA :: KLIK DISINI

07 January, 2010

SOLOMON OIL OMEGA GOLD

SOLOMON OIL MEGA GOLD

Solomon Oil Omega Gold
ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masaalah kadar kolestrol yang tinggi. Produk yang dihasilkan dari minyak ikan solomon ini amat terbukti melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kadar kolesterol kepada paras normal. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masaalah diabetis, ghout, reumatik.

Sila dapatkan Bekalan di Cawangan / KLIKSINI

06 January, 2010

KOKO RADIX PAPAN


KOKO RADIX PAPAN

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendir
i yang dikenali sebagai
RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi pesaing yang hebat dalam pasaran. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

MAKLUMAT LANJUT ::: SILA KLIK SINI

02 January, 2010

MENUJU PUNCAK DENGAN NUR AL-QURAN

Assalamualaikum wrm wb.
PERKHEMAHAN TAQWIYYATUL HIFZI III
DI NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, APARCHE CAMP,
SG.TUA, BATU CAVES, SELANGOR

31 DISEMBER 2009 - 1 JANUARI 2010

Seramai 40 peserta dewasa dan remaja muslimin dan muslimat mengikuti program ini anjuran Qurra' Training Centre diKetuai oleh Ust.Mohd Mukhlis bin Hj. Hamzah Al Hafidz, 131275.MY01, Pensyarah Kanan QTC (Guru Al-Quran saya) dengan niat untuk menyemarakkan semangat tahun baru Hijrah 1431 dan tahun baru Masehi 2010 dengan bermunajat kehadrat Allah SWT dalam keadaan Musafir Berjamaah.

Nur Laman Bestari Eco Resort ini merupakan sebuah Resort yang lengkap dengan kemudahan dan peralatan latihan lasak mempunyai saluran letrik GenSet berkuasa tinggi 24 jam. Kedudukan Resort amat endah berkeluasan 15 ekar dikelilingi bukit bukau disamping sebuah sungai selebar lebih kurang 15m mengalirkan air yang amat jernih diusahakan oleh Tuan Mohamad Hassan Mukhtar Mohd Ali selaku Pengerusi Eksikutif, Kumpulan Era Mewah berada dalam keadaan pesat membangun. Sebuah 'SURAU DEMAK' berkarpet berkeluasan boleh menampung tidak kurang 300 jamaah tersergam endah baru sahaja siap dibena dan kumpulan kami merupakan julungkali dibuka dan diberi kesempatan berdiskusi sepenuhnya dalam Surau Demak bagi memenuhi program yang diatur sebegitu padat dan rapi oleh Ust Mohd Mukhlis seperti berikut :

  • Bermula dengan Solat Asar 31 Disember 2009 diikuti dengan Klinik Hafazan, Usrah dan Ta'arruf.
  • Solat Magrib. Setiap peserta perlu membaca Al-Quran mengikut Juzu' yang di peruntukkan diikuti dengan KHATAM PERDANA.
  • Solat Isyak diikuti dengan diskusi, Cambah Minda, Taklimat Solat Sunat Gerhana Bulan dan Qiamullail (Solat Sunat Hifzi).
  • Bermula jam 3:00 pagi 1 Januari 2010 peserta mengerjakan Solat Sunat Tahajjud dan Sunat Hajat bersendirian.
  • Solat Sunat Gerhana Bulan di Imamkan oleh Ust Mohd Mukhlis bin Hj. Hamzah.
  • Solat Sunat Qiamullail (Sunat Hifzi) 4 rakaat 2 salam di Imamkan oleh Al Hafidz Muda jemputan dengan bacaan surah-surah: Yasiin, Ad-Dukhan, As-Sajadah dan Al-Mulk.
  • Solat Subuh (Sujud Tilawah) di Imamkan oleh Al Hafidz Muda jemputan Ust. Khalilullah Amin bin Ahmad diikuti dengan Mau'izatul Hasanah.
  • Ujian Hafazan ayat-ayat dari surah-surah yang telah ditetapkan keatas setiap peserta dengan dihakimi oleh Ust Mohd Mukhlis.
  • Riadhah : Telematch dan Explorace berkayak.
  • Resolusi.
  • Hemat Diri.
  • Solat Jumaat di Masjid Sg. Tua.
  • Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup dalam Surau Demak.
Semasa Majlis Penutup saya diberi peluang oleh pihak Penganjur untuk menyampaikan ucapan kesyukuran dan pandangan bagi pihak peserta. Alhamdullillah semua program seperti yang tersusun diatas berjalan lancar dan sempurna sangat memberi manfaat bagi meneguhkan lagi Iman peserta dalam keadaan suasana silatulrahim yang tidak dapat dinilai dengan harta dunia. Ianya merupakan suatu peluang yang dinikmati bagi mengakhiri tahun 2009 dan menyambut kedatangan tahun 2010 dalam keadaan Musafir Berjamaah bersama Gerhana Bulan bertepatan dengan hari Jumaat yang mulia. Saya sempat menyelitkan pesanan berupa jihad berterusan "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" sebagai ucapan sayonara di Majlis yang BARAKAH ini dan alhamdullillah secara kebetulan tiga orang peserta ahli keluarga HPA turut melibatkan diri dari mula hingga akhir... InsyaAllah semoga bertemu lagi.

Jika tidak keberatan saya ingin syorkan pada sekelian pemimpin besar HPA supaya dapat merancang program kecil seumpama ini sebagai hadiah kepada downline untuk menguatkan lagi jihad GEMPUR ... RADIX !!! yang tidak ada penghujungnya dalam keadaan Musafir Berjamaah.

Artikel ini disediakan oleh : PJ Mohamad b Ismail AlHaji 260259.MY01