24 April, 2011

DO'A THIBBUN NABAWI

MOHON DO'A RAKAN SEPERJUANGAN


Gambarfoto Kaki Kiri dan Kaki Kanan dirakam pada Jumaat 22/4/2011 jam 4:30 petang

Jika dilehat dari segi fisikal tiada siapa pun yang berani memperkatakan keupayaan perjalanan yang empanya anggota badan boleh bergerak melebihi daripada katilnya. Namun Allah memberikan kekuatan kepada hamba Allah ini untuk meneruskan perjuangan jihadnya bersama HPA kearah “PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” tanpa mengira masa mengikut keperluan dengan memandu kenderaan sendiri.

Sebagai seorang PJ(Herbalis) bukan sahaja tidak berhenti meneruskan ikhtiar bagi merawat penyakitnya sendirian dengan bantuan isteri tersayang juga seorang PJ(Herbalis) malahan rakan-rakan Herbalis lain juga turut bersimpati serta menghulurkan apa sahaja rawatan sesuai yang diperlukan oleh Hamba Allah ini.

Selain daripada mengamalkan produk-produk herba bersesuaian yang diolah untuknya, rawatan Bekam, Akupuntur, Terapi Lebah dan Terapi Lintah juga telah dipraktikkan keatas Hamba Allah ini. Sebagai seorang yang sentiasa mengingati Allah, kekuatan mental mengatasi segala kesengsaraan yang ditanggung olehnya dalam keadaan sabar dan sentiasa senyum apakala berbicara. Berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Simpati jenis apakah yang perlu dihulurkan kepada Hamba Allah ini pada ketika ini sudah tentu tidak lain dan tidak bukan Do’a Kesembulan yang ajaib dari Allah SWT oleh setiap pembaca Blog ini. Lintah paling akhir yang diamanahkan kepada saya untuk dihantar kepadanya ialah selepas Jumaat 22 April 2011 baru lalu.

Oleh yang demikian, saya bermohon semoga kalian turut bersimpati dengan memohon do’a kesembuhan penyakit kencing manis tahap 2 yang ditanggung olehnya. Marilah kita sama-sama memohon kehadrat Allah SWT dengan mengucapkan do’a dari jauh mahupun dialamaya;

“Ya Allah, wahai Tuhan Maanusia, Tuhan yang menghilangkan penyakit. Engkaulah Tuhan yang maha penyembuh, tiada penyembuh melainkan Engkau sahaja, penyembuhan yang tiada lagi meninggalkan penyakit” (Soheh al-Bukhari);

ditujukan khusus buat Hamba Allah ini. Jika ada diantara kalian yang ingin mengetahui nama Hamba Allah ini sila teks mesej ke 016 213 9057.

Terima kasih saya ucapkan kepada kalian yang turut bersimpati, semoga Allah dengan izinNya memberi kesembuhan kepada Hamba Allah ini disamping memberi ganjaran yang setimpal atas usaha yang kalian lakukan … Ameenn!

Diedit dan disiar oleh : PPJS(PJE) Hj. Mohamad bin Ismail, PSD Kerinchi KL

20 April, 2011

TEMPAHAN KOPI RADIX

TEMPAH PEMBELIAN KOPI RADIX

Kepada Agen Stok bertaraf STOKIS yang memerlukan KOPI RADIX JUMBO dan KOPI PAPAN boleh membuat tempahan melalui PUSAT STOKIS DAERAH KERINCHI KL dengan pembayaran awal mengikut kadar harga PB sepertimana yang ditetapkan oleh HPA.

Bekalan keatas produk kopi yang ditempah itu akan diserahkan apakala barang tersebut diterima daripada pihak gudang HPA yang berkemungkinan mengambil masa 5 atau selewat-lewatnya 7 hari kerja.

Sekian dan terima kasih atas sokongan kalian.

Diedit oleh : PPJS(PJE) Mohamad bin Ismail, PSD Kerinchi KL

11 April, 2011

KEMBALI DARI MENGERJAKAN UMRAH

TIBA DI KLIA DENGAN PIA PADA HARI JUMAAT 11:20 PAGI 8 APRIL 2011

Diucapkan Selamat Kembali daripada mengerjakan Ibadah Umrah kepada (dari kiri: Mohd Izzat Fitri, Mohd Imran Yusri, Hj. Noraibullah, Hjh. Salibiah, Yasmin Nabihah dan Hjh. Sabrina Mohamad)

Semoga Allah SWT terima Ibadah Umrah, terima taubat, terima segal doa dan hajat kalian samada untuk keperluan dunia lebih-lebih lagi untuk akhirat sebagai destinasi yang kekal abadi...ameen.

Diedit oleh : PJE Hj. Mohamad Ismail, PSD Kerinchi KL

07 April, 2011

MAKLUMAN TERKINI

MAKLUMAN PROGRAM HPA TERKINI DI KELAS MINGGUAN KOMUNITI HPA CAWANGAN WANGSA MAJU PADA 4 APRIL 2011


PJS Jamaluddin Yeop Majlis menyampaikan beberapa Program HPA terkini kepada hampir 50 orang peserta kelas mingguan yang hadir di Komuniti HPA Cawangan Wangsa Maju pada 4 April 2011 dari jam 9:30 - 11:00 malam. Turut hadir PJS Ahmad Azam, PJS Abdullah Abul Rahim dan Pengerusi Komuniti Hj Taufiq.

Sila lihat aturcara setiap program di Google Calender dan hebahkan kepada ahli-ahli HPA Zon Tengah supaya lebih ramai akan beroleh manfaat hasil dari program tersebut.


HPA sertai MIHAS dan Forum Penyelidikan Halal Sedunia di Kuala Lumpur Convention Centre 6 hingga 9 April 2011

MINI KONVEK HPA BAGI ZON TENGAH di Hotel De Palma Ampang pada 16 APR 2011 bermula dari jam 8:00 hingga 2:00 petang


EKSLUSIF SEHARI BERSAMA PENGARAH URUSAN di Hotel De Palma Ampang pada 2 MEI 2011 bermula dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam (KLIK)


Diedit oleh: PPJS(PJE) Hj. Mohamad b Ismail, PSD Kerinchi KL