29 June, 2010

KEMPEN BOIKOT KOPI RADIX PALSU

KOPI RADIX PALSU -
SALAH SIAPA?

Diatas ini dipamerkan CONTOH gambaran kopi radix TULIN
dan kopi radix PALSU

Dalam setiap sampul surat mengandungi bonus bulan Mei 2010 yang diterima oleh keseluruhan Ahli pasti terselit bersamanya dengan sekeping risalah 'KEMPEN BOIKOT KOPI RADIX PALSU'. Perkara ini sudah berulang kali diperkatakan malahan ianya tersiar dalam pelbagai media cetak namun ianya tetap berlaku. Penjenayahnya sudah pasti terdiri daripada mereka yang tidak tahu apa itu HALAL dan apa itu HARAM tetapi penggunanya pula sudah pasti terdiri daripada Muslimin dan Muslimat.

Kenapa ianya berlaku? Jawapannya tidak pernah sama. Walaubagaimana pun matlamat HPA tetap menjurus kearah "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" dan itulah jua perjuangan PSD Kerinchi.

Sebagai salah satu daripada ribuan Agen Stok HPA diseluruh Malaysia, Singapura, Brunei D.S dan Indonesia, PSD Kerinchi sentiasa menyimpan stok Kopi Radix dan produk produk HPA keseluruhannya yang mencukupi sepanjang masa.

Diucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu atas kunjungan Anda
yang di Rahmati Allah sekelian ... Amin !!!

BERHATI-HATI MEMBELI-BELAH "LATAHZAN"


26 June, 2010

HIV - BERITA DARI PENGARAH URUSAN HPA

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut.

Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.

Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.

Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin.
Dipetik dari artikel JAWIHERBSHOP 25 JUN 2010

MELAKA HALAL HUB

ANCHOR
PUSAT INDUSTRI HALAL HUB SERKAM

Majlis Pelancaran MELAKA HALAL HUB Fasa 1 seluas 43 ekar di Serkam selamat dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 21 Jun 2010 yangmana HPA dianugerahkan dengan status sebagai anchor halal hub kepada pengusaha-pengusaha IKS bagi menyemarakkan hasil pengeluaran produk-produk halal. Ikuti berita yang tersiar di TV3 (You Tube sumber Pusat Operasi Zon Utara).

PJS Abdullah Abdul Rahim, PJS Ahmad Azam, PJ Mohamad (PSD Kerinchi KL), PRX Hjh Salibiah dan Nazrin (IT) hadir bersama-sama dengan Pemimpin HPA lain turut menyaksikan pelancaran Majlis Perasmian yang begitu bermakna.

Semoga dengan izin Allah Melaka Halal Hub yang dikemudi HPA beroleh kejayaan yang membawa barakah kepada sekelian Umat Islam, insyaAllah ... Amin!!!

17 June, 2010

PBC KOMUNITI WANGSA MAJU JUN 2010


Pemimpin-pemimpin berikut telah bersetuju untuk menyampaikan slot masing-masing dalam program PBC buat kali ini :

PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM (PAKLAH 012 684 9263) selaku Pengarah Program akan menyampaikan slot Motivasi dan Bagaimana Hendak Berjaya bersama HPA.
PJS AHMAD AZAM dengan slot Kenali HPA dan Strateji Menjana Pendapatan 5 angka melalui MLMS HPA.
PJS Ust. SAFUAN PAMIDI dari Komuniti Klang menyampaikan slot Halal Haram Dalam Pemakanan dan sesungguhnya HPA adalah pilihan anda.
PJ (Herbalis) MOHD RIDZUAN dengan slot demo Bekam.
PJ MOHD HASBULLAH ASLI dari Komuniti Grik akan menyampaikan slot Kongsi Pengalaman bersama HPA.
PJ (Herbalis) HJ ONN IBRAHIM dari Komuniti Klang mengisi slot daignosis asas dan gejala penyakit melalui saraf tapak tangan, lidah dan mata bagi manfaat peserta.
DJ MOHD IZRAQ MOHD RATHI dari Changkat Jering, Taiping dan PL SITI SYARAH ABDULLAH kongsis pengalaman bersama DJ.

URUSETIA terdiri daripada AJK Komuniti Wangsa Maju di Pengerusikan oleh PJ HJ TAUFIX (012 303 6891)

Pendaftaran peserta masih terbuka kepada Pengedar Berdaftar (PB) HPA yang masih belum mencapai tahap PLX (Pengurus Melati - Bonus 20%) dengan menghubungi Urusetia seawal mungkin pada atau sebelum 25 Jun 2010.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

PENGUMUMAN KHAS KENAIKAN HARGA PENGEDAR KOPI RADIX

Berikut adalah petikan berita terkini daripada Blog GM yang disiarkan pada 16 Jun 2010 petang :

Salam semua warga HPA

Pengurusan telah memutuskan untuk menaikan harga Kopi Radix disebabkan oleh beberapa faktor kenaikan bahan mentah yang tidak stabil kebelakangan ini khususnya gula. Namun kenaikan ini hanya melibatkan di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan Sabah dan Serawak.

Berikut adalah Harga Pengedar Baru Semenanjung Malaysia (Harga Pengguna dan NM tidak berubah)

1. Kopi Radix kecil(15 sachet) Harga Pengedar RM 14.00
2. Kopi Jumbo (32 sachet) Harga Pengedar RM 28.00
3. Kopi Papan (20 sachet) Harga Pengedar RM 18.00

Tarikh kuat kuasa adalah 17hb Jun 2010
Semua pengurus zon dan pengurus cawanngan serta agen stok sila ambil perhatian.
Wasallam