27 March, 2010

MBB MENUMBUH & MENGHITAMKAN RAMBUT

MENGHITAMKAN RAMBUT

Minyak But-But boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi. Rambut akan menjadi lebat dan hitam. Begitu juga menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur. Kaedah penggunaannya cukup disapu sedikit sambil menyampaikannya dikulit kepala.

Pengetahuan tentang khasiat MBB sebagai tonik rambut telah lama diketahui dan telah terbukti sejak zaman berzaman MBB sebagai minyak MALI bererti minyak untuk rawatan kebotakan.

Minyak yang digunakan sebagai base MBB bukan dari minyak petroleum yang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukan kepala. Herba yang terdapat dalam MBB dikatakan menjadi baja (tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sehat. InsyaAllah lihatlah perubahannya selepas sebulan menggunakannya. Amin.

Ke Arah Merealisasikan Perubatan Jawi Jawi Medicinal Herbs

26 March, 2010

SHARK CARTILAGE UNTUK SAKIT LUTUT

SHARK CARTILAGE UNTUK MASAALAH SAKIT LUTUT
oleh : Tuan Haji Ismail bin Ahmad

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Shark Cartilage sebenarnya boleh dijadikan ubat terbaik untuk masaalah sakit lutut. Masaalah kekeringan lendir dilutut boleh menyebabkan sendi mengalami kesakitan yang berpanjangan dan kebiasaanya agak sukar diubat dengan ubatan kimia. Pembedahan akan menjadikan keadaan bertambah parah bukan menyembuhkan. Cara mudah ialah anda memberi sedikit peluang kepada diri anda sendiri untuk menggunakan Shark Cartilage yang telah dikeluarkan oleh Syarikat HPA Industries. Memang benar terdapat banyak syarikat lain yang menghasilkan shark cartilage dipasaran tetapi ianya tidak sama dengan produk HPA.

Dalam buku JawiMedHerbs 1, saya telah nyatakan bahawa shark cartilage yang dihasilkan oleh HPA tidak sama kerana ia memasukkan sejenis pokok terung yang dikenali dengan "solanum album". Sinergi ini hanya biasa digunakan oleh keluarga kami dan tidak pernah saya temui pada produk shark yang lain. Ini perlu saya jelaskan kerana ada sesetengah pihak mendakwa bahawa HPA menggunakan ramuan shark seperti produk-produk yang lain dipasaran. Penggunaan shark dalam perubatan telah digunakan oleh datuk saya dan diperturunkan ilmu ini kepada bapak saudara saya (hj Mat) dan seterusnya pada saya.

Posted by Jawimedherbs

22 March, 2010

DIFWC2010 (DaNang, Vietnam)

DIFC2010 YOU TUBE





Update : 25 Mar 10

COMPETITION 2010

Seperti tahun lalu pertandingan bunga api peringkat antarabangsa 2010 akan berlansung lagi di Bandaraya Danang dan ianya boleh dikatakan yang terbesar didunia dengan penampilan pencipta pencipta bunga api handalan.

Penganjur Pertandingan menganggarkan lebih 500,000 orang pengunjung termasuk pelancong dijangka menyaksikan pertandingan yang menakjubkan ini dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong berkunjung ke Bandaraya Danang.

PLX Ridwan Mohamad turut bersama ke Bandaraya Danang sejak 17 Mac 2010 lalu dengan membawa bersama Kopi Radix HPA untuk dijadikan minuman bertenaga harian selama dua minggu bertugas disana. Sudah pasti Kopi Radix HPA menjadi sebahagian daripada tetamu tidak berjadual ... perkembangan selanjutnya menyusul ... JOM ke Da Nang...

15 March, 2010

MUSIM PANAS KERING

Info Terkini JawiMedHerb
MUSIM PANAS KERING

Sakit kerongkong dalam cuaca panas tidak sama dengan sakit ketika musim lembab. Oleh sebab itu herba yang digunakan juga perlu betul. Jika anda menggunakan daun hempedu bumi yang bersifat pahit (IMT), ia akan menyebabkan kerongkong semakin kering. Herba yang baik ialah herba yang bersifat masam seperti Roselle. Sama juga dengan madu, tidak boleh di ambil banyak pada musim panas dan menjadi sinergi utama untuk musim sejuk.

Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dengan tambahan herba yang bersifat masam seperti Jus Asam Jawa (produk baru dari HPA).

09 March, 2010

PBC SULONG KUMUNITI WANGSA MAJU

PBC SULONG KOMUNITI HPA WANGSA MAJU
27 - 28 FEB 2010 -
BERJAYA & HEBAT


Seramai 39 orang peserta PBC sulong Komuniti HPA Wangsa Maju berlansung pada 27 dan 28 Februari 2010 di Anjung Rahmat, Gombak, Selangor mengambil bahagian dalam program ini berakhir dengan kejayaan atas komitmen bersepadu oleh mereka yang dipertanggung jawab bagi menyampaikan slot masing-masing :

PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM selaku Pengarah Projek menyampaikan ucapan perasmian disamping mengendalikan slot-slot berikut dengan membakar semangat peserta :
  • Profile Syarikat.
  • Diagnosis saraf tapak tangan.
  • Qiamullail : Solat Sunat Hajat, Solat Witir, Solat Subuh, Kuliah Subuh dan Senaman Pernafasan.
  • Produk Nolej : Kopi Radix, Malac, Paramaria Plus dan Herba Tuju Angin.
PJS AHMAD AZAM BIN JAAPAR selaku Penceramah Undangan menyampaikan slot-slot yang diperuntukan :
  • Pelan Pemasaran.
  • Gerak Kerja 6M.
  • Latihan Dalam Kumpulan.
PJS Ust. AHMAD KAMAL BIN ALI Penceramah Undangan khusus didatangkan daripada Terengganu menyampaikan slot 'HALAL HARAM', penyampaian yangmana memberi kesan yang amat positif lagi mendalam kepada peserta-peserta PBC dan sekelian yang hadir pada sessi tersebut.

PJ MOHAMAD BIN ISMAIL, diberi kesempatan dalam slot 'MALAM BINTANG-BINTANG' untuk berkongsi pengalaman liku-liku hidup sebelum bertemu dengan HPA yang sinonim dengan lirik nasyid 'Teman Sejati' sehingga diberi peluang mengendalikan Agen Stok berstatus PSD Kerinchi KL. Usia bukannya menjadi penghalang bagi kejayaan seseorang semuanya dengan izin Allah SWT.

Ust. HAJI MUHTARUDDIN mengnendalikan slot :
  • Tayangan Video Kelahiran Insan, Taklimat Qiamullail dan Bacaan Surah Al-Mulk.
  • Bacaan Al-Ma'thurat.
Peserta menghayati kedua-dua slot ini.

PJ MOHD REZDUAN beserta dengan rakan rakan Kumpulan Kiropraktik (pembetulan tulang belakang) mengadakan demonstrasi asas cara-cara merawat dan memperbetul kedudukan tulang belakang mengikut peraturan yang betul.

PJ HJ TAUFIX BIN ABU HASSAN selaku Pengerusi Komuniti menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dalam slot LDK diikuti dengan menyampaikan amanat sambil menyeru sekelian yang terlibat dalam program PBC ini supaya sentiasa membantu HPA Cawangan Wangsa Maju menuju kejayaan dengan cara menyokong semua program yang dianjurkan.

Keseluruhan program PBC ini terusmenerus dihidupkan oleh DJ berkarisma Mohd Izraq Mohd Rathi (Along) dari Taiping dibantu oleh DJ comel Siti Syarah Abdullah. Nazrin merupakan pemacu media letronik sepenuhmasa. Mereka merupakan aset HPA masa depan, insyaAllah.

PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM dalam ucapan penutupnya menghargai setiap sokongan dan kerjasama yang dihulurkan oleh keseluruhan Pemimpin, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa tanpa memikirkan penat lelah. Kepada sekelian peserta ditanamkan dengan semangat jitu, mengamalkan apajua ilmu yang telah dikongsikan bersama menuju kearah jihad yang satu "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"... Amin!!!

PBC Ke2 PADA 27 - 28 MAC 2010
sila hubungi

PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM (PJS PAKLAH)

012 684 9263


disedia dan diedit oleh PJ Mohamad b Ismail

LE TOUR DE LANGKAWI DI DATARAN MERDEKA


Berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia pada 7 Mac 2010

05 March, 2010

RALAT : KEMBARA HERBA BERSAMA PU

RALAT : KEMBARA HERBA BERSAMA PU

Pengarah Urusan telah bersetuju kembara herba boleh disertai kaum muslimat. Pertukaran ke Kembara Herba Ke Gunung Jerai. Penginapan di Dewan Umar Mukhtar (atas RFC Legenda Hights) .

21hb March 2010
08.00 Pagi – Daftar Dewan Umar Mukhtar
10.00 Pagi – Menaiki Gunung Jerai
06.00 Petang – Pulang ke Dewan Umar Mukhtar
08.00 Malam – Kuliah Herba oleh Pengarah Urusan HPA

22hb Marh 2010
8.00 pagi – 5.00ptg – Kuliah Jawi Medical Herb bersama Pengarah Urusan HPA

Daftar segera ahli Kelab Kembara Radix Cuma RM100.00. +60139299944
Kepada ahli kembara sila beri nama kepada saya segera

dipetik dari Web Rasmi : HPA Industries Sdn Bhd

04 March, 2010

KELAB KEMBARA


Jom Kembara Herba ke Pulau Jerejak
bersama
Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad

Pada 20hb dan 21hb March 2010
Daftar jam 8.00 pagi pada 20hb March 2010 di RFC Laguna Merbok,
Bandar HPA Sg. Petani
( bawa kelengkapan perkhemahan,masakan dan tidur )
- lelaki sahaja


Keahlian Kelab Kembara HPA Cuma RM100.00 setahun.
Masukkan yuran ke akaun : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
BIMB - No. A/C: 09010010002734
Hantar butiran : Nama / No. Ahli HPA / No. Telefon / butiran bayaran
Tel : 013 929 9944 (Mahadi) @ scan slip bayaran email : hpa4online@yahoo.com

01 March, 2010

PENINGKATAN JUALAN


TAHNIAH BUAT SEMUA YANG MENYOKONG

Kita kian mara membawa obor yang menyalakan jalan peniagaan dengan sesuatu yang halal. Aduhai bagaimana hendak aku katakan, entah dari mana, anda semua berada, dikampungkah atau di kota tetapi yang pasti jualan terus meningkat. Tahniah pada semua upline yang menggerakkan pasar kita menjadi ramai dan meriah.

Dari wang masuk setiap hari sudah boleh kita jangkakan peningkatan jualan akan melebihi sejuta dari bulan lepas dan ini bermakna kemungkinan jualan mencecah 17 juta lebih. Kita memerlukan 3 bulan untuk menghantar jualan keparas target 20 juta. Insentif taawun menanti sebanyak 4 juta untuk dimiliki bersama.

Apakah jualan akan terus naik kerana masa kemuncak ialah pada bulan jun hingga bulan 12. Apakah penapis air dew dan produk moments akan "killer product" pada masa kini ? Mungkin....apapun pasaran herba ubatan yang lain tetap gagah dengan kaedah sinergi yang berkesan. Semuanya ini nikmat Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kita mensyukurinya.

dipetik dari artikel HPAmaju