27 June, 2011

PENUTUPAN CAWANGAN

PENUTUPAN CAWANGAN PETALING JAYA

Assalamualaikum wrm., wb.

Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Pusat Operasi Zon Tengah bahawa Cawangan Petaling Jaya akan mengakhirkan operasi jualan pada 27 Jun 2011. Sehubungan dengan penutupan cawangan tersebut, masih ada alternatif cawangan lain yang berdekatan seperti HHM Masjid Sunway & cawangan Utama Ampang bagi Agen Stok dan PB untuk memperolehi produk HPA seperti biasa.

Dalam keadaan yang sama Pusat Stokis Daerah Kerinchi Kuala Lumpur dimana lokasinya sangat berhampiran dengan Petaling Jaya, sentiasa bersedia untuk menampung keperluan PB bagi meneruskan perjuangan “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” lebih efektif lagi.

Walau apa sekalipun perubahan, perjalanan kita untuk memperjuangkan produk Halal tetap berterusan seperti sediakala. Wallahu ‘alam!

Sumber : Pusat Operasi Zon Tengah

19 June, 2011

TAKLIMAT PRODUK HPA KEPADA AHLI PBTM LEMBAH PANTAI

Barisan Pemimpin PBTM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Para jemputan dan Ahli Jawatankuasa

Sebahagian Ahli PBTM.CLP KL yang hadir


Walaupun peruntukan masa begitu sengkat bagi menerangkan kehebatan produk halal lagi baik yang diproduksikan oleh HPA disamping pelbagai kaedah perawatan tradisional islam seumpama Bekam, Kiropraktik dan refleksologi namun seramai hampir 80 orang ahli PBTM Cawangan Lembah Pantai yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 pada 18 Jun 2011 mempunyai banyak sebab untuk menanam minat bagi faedah diri sendiri dan keluarga dalam hidup seharian.

Perjumpaan susulan akan diadakan bagi tujuan meramaikan lagi umat islam mengamal Produk 100% Halal dan Baik disamping meluaskan lagi kaedah perawatan perubatan islam dalam hidup mereka yang memerlukan.

MAINTAIN BENGKEL ESP 150 NM(PV)

INFO TERKINI BERKENAAN MAINTAIN ESP

Mulai serta merta, para peserta baru yang menghadiri mana mana bengkel ESP boleh melakukan maintain 150pv dan mendapat status PLX 20%. Ini merupakan peluang besar untul mencipta kejayaan.

Sumber : General Manager (GM) 19 Jun., 11

11 June, 2011

PESERTA ESP - SELAMAT BERJUANG

DO’A YANG MAQBUL


GambarfOto 1 - 9/6/2011

Pada 24 April 2011 lalu kedua-dua belah kaki seperti dalam gambar pernah dipaparkan di blog ini dalam keadaan yang amat mencemaskan (Gambarfoto 2). Dengan berkat do’a kaum kerabat, sahabat handai, rakan seperjuangan HPA dan tidak kurang atas usaha dan ikhtiar Hamba Allah ini sendiri yang merupakan seorang PJ(Herbalis), alhamdulillah penyembuhan yang menakjubkan (Gambarfoto 1) telah berlaku dengan izin Allah.

Gambarfito 2 - 20/4/2011

09 June, 2011

KURSUS DAN PERAWATAN TRADISIONAL HPA

PJ(Herbalis) Ustz Hjh Che Wan Jamilah dan PJX Raheeda Ibrahim (Pembantu)


PJ(Herbalis) Ustazah Hjh Che Wan Jamilah sedang membuat penyampaian dikelas Refleksologi. Seramai 8 0rang peserta mengambil bahagian dalam Kursus Refleksologi Siri 1 mengikut jadual pada 8 Jun 2011 dari 2:00 – 5:00 petang dan mereka yang mengambil bahagian menyatakan azam untuk memulakan rawatan berkumpulan di PSD HPA Kerinchi KL.

Kelas berikutnya akan diadakan setiap dua mingguan yaitu pada : 22/6/2011, 6/7/2011 dan 20/7/2011. Mereka yang berminat untuk mengikuti Kursus Siri 2 dan seterusnya sila hubungi pihak kami ataupun datang sendiri pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Yuran penyertaan RM15.

Pada peringkat permulaan ini PJX Raheeda Ibrahim sedia memulakan perawatan berikut di Bilik Rawatan PSD HPA Kerinchi KL bagi menampung keperluan komuniti Lembah Pantai dan kawasan sekitarnya :

RefleksologiPerawatan untuk Muslimat sahaja

Tangan (+ Titik / Point kebas tangan) - RM15

Kaki - RM30

Kiropraktik – Perawatan untuk Muslimat sahaja

Pembetulan Tulang Belakang - RM37

Pelbagai Perawatan Wajah termasuk Akupuntur untuk Wajah (Muslimat sahaja)

Akupuntur 9 Titik /Points (Pengaliran Darah) - RM37

Puan / Saudari yang memerlukan perawatan seperti tertera diatas ini, sila buat temujanji terlebih dahulu dengan menalefon Raheeda Ibrahim – 016 3269662.

07 June, 2011

KURSUS ASAS REFLEKSOLOGI

PSD HPA Kerinchi KL menganjurkan Kursus Asas Refleksologi, Bekam, Kiropraktik setiap minggu / dua_mingguan pada setiap hari Rabu dari jam 2:00 hingga 5:00 petang, bermula dengan Kursus Asas Refleksologi bermula 8 Jun 2011 di Dewan, Pangsapuri PKNS(17T) Bukit Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, WP(KL).

Kursus tersebut akan dikendalikan oleh PJ (Herbalis) Hjh Che Wan Jamilah bersama-sama dengan beberapa orang Herbalis Lelaki/Wanita bagi menjayakan kursus-kursus tersebut.

Bagi peringkat permulaan Kursus Asas Refleksologi Siri 1 terbuka kepada peserta Lelaki dan Wanita (Ahli HPA). Mereka yang masih belum mendaftar sebagai Ahli HPA adalah digalakan ikut serta.

Semua pertanyaan boleh diajukan kepada PJE Hj. Mohamad Ismail / PJ Azura Mohamad seperti No. Telefon dan alamat emel yang terpapar dalam blog ini.

diedit dan pos oleh : PJE Mohamad, PSD Kerinchi KL