24 August, 2010

AYAM RADIX HPA

Pada suatu ketika ramai yang gelisah kerana stok ayam tidak pernah mencukupi dan hampir beberapa bulan tidak mendapat bekalan lansung oleh sebab permintaan meningkat begitu mendadak berbanding dengan hasil pengeluaran yang hanya boleh menampung RFC.

Jeritan keluarga HPA atas kekurangan tersebut mendapat perhatian serius pihak pengurusan, nah sekarang ini ayam radix sudah mula membanjiri pasaran sempena menjelang Aidil Fitri sehinggakan GM HPA meluahkan perasaannya dalam Blog beliau seperti berikut yang membawa maksud dengan tersendirinya :

"Kita semua sedar bahawa perjuangan kita masih jauh. Sedar atau tidak kemungkinan ibu, ayah, kakak, abang, jiran, sahabat baik, teman sekelian masih lagi berbuka puasa dengan ayam yang tidak tahu asal usul siapa yang menyembelihnya.
Kini HQ sudah menunaikan tanggungjawab menyediakan stok seperti yang di JERIT oleh para pimpinan yang cintakan produk Halal wal Toyibban. Apakah kita sudah merasakan kepuasan dengan hanya Ayam Radix memenuhi freezer HPA?
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX

Posted by GM at Tuesday, August 24, 2010"

Dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, saya menyeru dan merayu kepada sekelian penyedia makanan bermasak untuk Masjid dan Surau yang menghidangkan masakan ayam diantara menunya; inilah masanya untuk membuktikan perjuangan kalian menjurus kearah "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA" yang dipelopori oleh HPA dengan mengharapkan KEBERKATAN Allah... InsyaAllah ... Aminnn!

14 August, 2010

KENAIKAN UBAT GIGI HPA (SEMENANJUNG MALAYSIA)

Pengumuman Kenaikan Harga Ubat Gigi HPA
(SEMENANJUNG MALAYSIA)

Salam

Berikut adalah kenaikan harga Ubat Gigi Herba HPA yang berkuatkuasa pada hari Isnin 16hb Aug 2010 ini.

(Semenanjung Malaysia)
Harga Pengedar RM 5.60
PV/NM 2.00
Harga Pengguna RM 6.50
Harga di Sabah dan Serawak bagaimanapun kekal seperti dahulu.

Kenaikan tersebut adalah disebabkan kerana berlaku kenaikan kos pembekalan. Namun demikian harga Ubat gigi Herba HPA masih lagi di tahap yang murah jika dibandingkan dengan ubat gigi pasaran.

Semua Pengurus Zon, Pengurus MIS & Pengurus Cawangan dan semua Agen Stok sila ambil perhatian.

04 August, 2010

AYAM ORGANIK HPA

Assalamualaikum wrm., wb.

Kepada sekelian Muslimin dan Muslimat Kariah Lembah Pantai. Berita baik ini dipetik dari blog GM keluaran Selasa 3 Ogos 2010 bersempena menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

"Untuk HPA Semenanjung Malaysia bahawa stok Ayam Organik HPA kini sudah ada di cawangan dan insyaAllah akan berterusan. Pastikan kita menikmati Ayam Halal HPA. Ini kerana ayam di pasaran sudah amat-amat di ragui kehalalan kerana di proses oleh syarikat non Muslim."

PSD HPA Kerinchi, Bangsar South sudah mula menyimpan stok Ayam Organik keluaran HPA sekadar termampu dan siapa yang berkunjung duhulu insyaAllah pasti dapat selagi stok masih ada.

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al Mubarak dengan penuh kesabaran dan
SELAMAT BERPUASA!!!